Dengan nama Allah yang maha besar, Rasul junjungan yang dikasihiNya, Muhammad SAW.
Semalam puas aku menilik satu persatu komen yang dipost pada satu group dalam facebook. Ye, entry kali ini berteraskan politik. Mungkin anak muda seperti aku, kurang mengambil tahu tentang politik atau permainan politik itu sendiri. Allow me to make it clear here that, aku bukan nak bersifat 'kaki politik' atau sebagainya. Tetapi, kita perlu ada sedikit kesedaran bahawa janganlah negara kita ni diperkotak-katikkan dengan mudah, padahal puas dahulu kala nenek moyang kita mempertahankannya. Itu satu. Kedua, kenapa kita perlu gadaikan keamanan yang kita kecapi sekarang ni? Kalau dulu, jalan di Kuala Lumpur merupakan sesuatu yang megah bagi kita semua, yelah kan, ibu negara. Tapi sekarang, orang siap pesan pada aku, 'jangan lalu highway KL, ada demonstrasi harini'. Ok itu salah satu kesannya politik ini.
“Umatku akan berpecah menjadi 73 kelompok. Semuanya di dalam neraka kecuali satu.”
Sahabat bertanya, “Siapakah dia (satu kelompok yang terselamat) wahai Rasulullah?”
Jawab Rasulullah, “Mereka adalah orang-orang yang semisal dengan apa yang aku dan sahabatku berada di atasnya pada hari ini.”
(riwayat Abu Dawud no. 4596, Tirmidzi no. 2640, Ibnu Majah no. 3991, Ahmad 2/332).
#okay, no offense
Pada aku, politik sekarang sangat kronik, perselisihannya sampaikan sesuatu pertubuhan itu menggunakan AGAMA sebagai medium untuk menyokong apa-apa yang mereka lakukan. Tak, aku tak katakan benda tu salah, tapi kesalahan itu timbul bila mana kepentingan agama tidak didahulukan melebihi kepentingan politik. Politik first then baru kaitkan dengan agama, is that the way so? Like seriously, it is getting worse and worse now compared to before. Macam dah tak ada benda lain untuk dibincangkan selain politik. And in fact, dalam kalangan mahasiswa mahasiswi juga perlu diperdebatkan dengan tajuk "Gula-gula Politik".
Aku sendiri bingung, ada kalangan rakan-rakan aku yang sokong pertubuhan A, dan sebahagian lagi pertubuhan B, tak kurang jugak pertubuhan politik yag lain. Bila mana, topik politik dibuka, ikatan saudara sesama islam tu hampir musnah. Mereka seakan-akan lupa yang mereka bersaudara di atas tiket ISLAM itu sendiri. Berbalah-balah, mengeluarkan kata-kata kesat, menghina pemimpin A, pemimpin B, yang mana mereka hanya melihat luaran para pemimpin itu sahaja. Misalnya, bila pemimpin tu melakukan sesuatu kesalahan, terus dibanned macam tu sahaja. Terus dicaci-maki, diherdik, walaupun kita tahu pemimpin itu sudah banyak melakukan budi dan jasa untuk negara kita sendiri. Kita lupa bahawa kita semua manusia, tiada yang terlepas dari melakukan kesalahan, kesilapan (bukan maksum), termasuk pemimpin-pemimpin kita sekarang ini.
Aku tahu politik bila dibicarakan, kita hanya akan terdorong kepada satu sisi sahaja, sisi di mana kita hanya terjurus kepada pertubuhan yang kita sendiri percayai. Why not, kita selidik both sides. Semalam aku tak bukak hanya satu tab untuk chrome aku, tapi aku bukak tiga tabs untuk rujukan, satu tab untuk pertubuhan A, satu tab untuk pertubuhan B dan satu lagi tab, untuk google apa-apa yang memusykilkan aku (aku masih berusaha mengumpul ilmu dalam bidang politik ni). Dan ada yang berpesan pada aku, supaya mencari tok guru ilmu agama supaya aku boleh bertanya tentang dalil-dalil al-Quran mahupun hadis-hadis yang sohih tentang politik ni. And yes, i'm working on that.
Its not too late to work on this thing together. Ya, it is a big deal. We are ought to do something for our country. Shall we?
“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara dikalangan mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka, dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian daripada apa yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu”.
(Al-Maidah: 49)


0 comments:
Post a Comment