Aku perempuan dan aku bangga!


Assalamualaikum.

Tak tahu kenapa harini tangan gatal nak menaip. Laju idea datang mencurah-curah bagai air ke daun keladi (kay merepek). So tajuk entry kalini macam racist gender sikit kan? Haha puas hati dapat tulis entry special untuk perempuan, wanita. 


SETUJU GILA !!!


Nak cakap betapa beruntungnya kita jadi wanita ni subhanallah. Tak terkata lah beruntungnya. Dah la disambut seluruh dunia, ada Hari Ibu, Hari Wanita Sedunia. We have that official day for us you know. Lelaki ada ke? Hari Lelaki Sedunia, Hari Pondan Sedunia, Hari Tomboi Sedunia. Ya Allah, tak ada. Memang special betul kita ni kaum perempuan.



 Malaikat bertanya : "Apa kekurangan wanita ?" 
Lalu Allah menjawab, "Hanya satu hal. Wanita terkadang lupa betapa berharganya dirinya".




Ya Allah, ya Hanana, okay, entry ini akan bersambung nanti =)

Salam alaik.




blurp blurp by eiffelish lover

Woman



blurp blurp by eiffelish lover

Coz' she is Fynn Jamal



Kerana dia seorang Fynn Jamal.
Teguh bersabar, melalui liku-liku kehidupan.
Teguh bertahan walau diherdik dicaci maki.
Teguh berdiri di sebalik rasa-rasa yang membelenggu diri.

Kerana dia seorang Fynn Jamal.
Kuat menongkah arus.
Meneruskan sisa hidup berbaki.
Demi Arjuna, si pengerang jantung hati.
Juga ami aye, her beloved sampai hati.

Kerana dia seorang Fynn Jamal.
Dari kosong, perlahan-lahan dia mengayuh.
Dari jahil, tak pernah mengalah.
Perlahan-lahan dia mencuba.
Mengetepikan kata-kata nista.
Masih mencuba.

Kerana dia seorang Fynn Jamal.
Merendah diri.
Berperwatakan slumber.

Kerana dia.
Seorang Fynn Jamal.



blurp blurp by eiffelish lover

Isu Kalimah Allah

Assalamualaikum.


Entry kali ini ditulis rentetan dari entry Islam di hatiku. Berkenaan dengan isu kalimah Allah yang dituntut penganut agama lain. Ceritanya dituntut untuk diguna pakai dalam sebuah kitab khususnya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Tuhan ditukar kepada Allah.

Bezanya, entry kali ini saya senaraikan beberapa analogi dan sebab mengapa kita muslim patut menolak dari membenarkan penggunaan kalimah Allah. Untuk lebih memahami tentang isu ini, sila rujuk sini dan sini.

Sebab yang paling utama untuk menolak dari membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ialah akidah orang Islam. Soal akidah tak boleh dibuat main. Jika benar orang bukan Islam dibenarkan menggunakan perkataan Allah, takut-takut anak-anak yang masih muda terkeliru.

Dia panggil Allah, tapi dia makan babi.

Dia Islam ke?

Dia panggil Allah, tapi dia sembah berhala.

Dia Islam ke?

Kalau dia bukan Islam, kenapa dia panggil Allah?


Padahal 'dia' itu bukanlah beragama Islam. 


Dan iktikad dia bukanlah seperti iktikad kita. Setujukah kita jika kalimah Allah diukir di dalam gereja? Ataupun diukir pada salib? Dikhuatiri anak-anak yang tidak tahu apa-apa dengan mudahnya tergelincir dan rosak akidah mereka.


Bila mana nampak gereja, mereka katakan itu masjid.

Sebab ada ukiran kalimah Allah.

Nampak salib, mereka beli dan memakai salib.

Alasannya kerana ada kalimah Allah.

Apatah lagi jika bible dibenarkan untuk guna kalimah Allah.

Takut-takut anak-anak muda confuse, mana satu kitab kita orang Islam.
Sedang bible masa kini banyak yang telah diubah suai isi kandungannya.

Dengan semua ini, dikhuatiri akidah kita ibarat lalang yang ditiup angin.

Lagi-lagi zaman akhir ini, kita umat Islam lemah.


Lemah. Tak tetap akidah.



Analogi seterusnya, katakanlah saya, Nor Afilia. Seorang wanita, bertudung. Baik, sopan santun, masih belum bernikah dan tiada anak. Tiba-tiba all of sudden ada orang lain claim to be Nor Afilia. Pelaku tersebut tidak bertudung, sudah berkahwin dan mempunyai anak. Dan melakukan perkara-perkara terlarang dengan tiket nama Nor Afilia. Adakah saya sendiri patut mendiamkan perkara ini dari terus terjadi? Adakah saya hanya akan rela membenarkan pelaku tersebut menyalah gunakan nama saya?

Definitely it will be a NO.

Dan saya yakin, anda pun begitu juga.
Kerana nama kita, eksklusif untuk kita.
Kita tidak mahu nama kita busuk.
Kita mahu menjaga nama kita.


Jadi kenapa kita perlu beri keizinan kepada orang yang tidak berhak menggunakan kalimah Allah?



Mungkin ada yang masih keliru kenapa kita mesti menghalang perkara ini. Allah itu satu. Allah itu esa. Semua kita muslim tahu dan mengakui perkara ini. Jadi perkara ini totally contradicted with puak Kristian yang mengatakan Tuhan mereka mempunyai anak. Adakah kita mahu membenarkan Tuhan itu ditukar kepada Allah dan mengakui Allah mempunyai anak? Adakah kita perlu hanya duduk diam dan redha pada penyelewengan ini?



"  Maka pandangan dari wakil Al-Azhar (Timbalan Syeikh Al-Azhar) dan Ketua  Lujnah  Dialog Antara   Agama Al-Azhar, Fadhilat Al-Syeikh Abdul Fattah Allam, beliau berpendapat bahawa tindakan Kerajaan Malaysia menegah penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat.  Ini kerana kalimah Allah tidak boleh disama ertikan dengan kalimah Rabb  yang  membawa    makna    Yang   Mewujudkan.  Sebagaimana maklum penganut bukan Islam menamakan sebarang Tuha Yang mereka sembah seperti batu, haiwan, matahari dan lain-lain sebagai Allah.  Hal ini sudah tentu amat   tidak  wajar  sama  sekali  dan menyalahi maksud kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran dan Al-Hadis.  "



Jadi mengapa kita umat Islam perlu bersetuju? Dengan alasan Allah itu Tuhan semesta alam.
Tapi mereka tidak langsung mengakui kenyataan ini.


Dan ketahuilah sesungguhnya mereka yang bukan Islam lebih pandai mengkaji agama kita berbanding kita yang masih di takuk lama, tak tahu apa dan malas mengkaji. 

Mereka lebih ke hadapan dari kita.


Mereka meminta apa yang di luar jangkaan kita.


Mereka meminta yang bukan hak mereka.




"  Kerana bahawasanya mereka tahu, satu hari nanti, umat Islam akan jauh maju meninggalkan mereka. Dengan itu mereka berusaha dengan pelbagai cara untuk menghalang kejayaan kita dengan  memporak-perandakan kita.  "


Till then, jaga diri, jaga iman.



Dari pandangan yang tak seberapa,


Sincerely,


Serikandi Islam.

blurp blurp by eiffelish lover