Sayup-sayup azan bergema.
Satu satu bait kedengaran.
Kita tahu, kita cakna.
Kita sensitif dengan masuknya waktu solat.
Allahu akbar, Allahu akbar, bunyi azan.
Ye kita tahu ertinya Allah Maha Besar.
Tapi apakah perbuatan kita sekarang ini membesarkan Allah?
Sedih.
Apakah perbuatan kita ikut sama dengan tajdid niat kita dalam mengakui Allah Maha Besar?
Pedih.
Kedengaran bait bait Allahu akbar Allahu akbar, ye itu azan.
Namun kita tetap masih bersenang lenang di hadapan laptop,
Lebih membesarkan Facebook, Youtube, Instagram dan sebagainya.
Namun kita masih mengakui, Allah itu Maha Besar.
Malu.
Sampai bilakah kita mahu menyedari yang kita sememangnya telah lama lalai?
Kita mengakui Syahadah.
Kita ucap Syahadah setiap hari.
Kita perbaharui Syahadah 24434 tanpa henti.
Tapi sejauh mana kita mengakui keesaan Allah?
Apakah di bibir saja?
Apakah kita mengikut suruhan Allah?
Suruhan Dia kita pun lemah.
Malah, kita melakukan larangan tanpa rasa bersalah!
Dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Kita mengakui itu. Kita mengaku Nabi idol sepanjang masa.
Tetapi untuk mengikut sunnah nabi itu sesuatu yang old school katanya.
Allah, kita lupa, Rasulullah lah penolong terakhir kita di akhirat kelak.
Penolong terakhir.
Azan mengajak kita, Haiya A'la Solah
Tapi apakah perbuatan kita selama ini segera dalam menyambut seruan itu?
Mungkin dalam hati berbisik, " Ah, kejap lagi. Awal lagi. Semayang jugak. Janji jangan tinggal."
Tapi inilah yang melemahkan!
Inilah yang sebenar-benar melemahkan.
Betul, sungguh, lebih baik lambat dari meninggalkan terus.
Tapi sanggupkah kita?
Allah menunggu kita setiap masa.
Allah beri kita nikmat setiap saat.
Tidak malukah kita menjawab dengan Allah, "tunggu sekejap"..
Semata-mata kerana hal keduniaan.
Allahu Allah.
Lemahnya kita.
Manusia.
Seruan azan mengajak kita ke arah kejayaan.
Tapi berapa ramai antara kita leka dengan kejayaan yang diperolehi?
Kita leka kita lalai.
Kita hanya mencari kesejahteraan dan kejayaan dunia sahaja.
Apakah itu kekal untuk selama-lama?
Malah, kita berbangga dengan apa yang kita capai.
Tanpa kita sedar kita sudah membelakangkan Dia.
Dan terus-terusan dalam kelalaian, masih mengejar harta sementara.
Budaya berlumba untuk mendirikan tiang agama perlu dididik.
Berlumba lumba dalam memastikan dirilah yang paling awal menyahut seruan azan.
Berlumba untuk mengambil wudu'.
Berlumba untuk berebut saf paling hadapan.
Berlumba untuk bertemu Allah di waktu paling awal.
Tapi sayang.
Itu hanya tinggal kata.
Sampai bilakah kita akan menyedari?
Adakah nanti suatu masa bila semuanya sudah terlambat?
Sedarlah wahai semua.
Kita hidup tidak lama.
Kita banyak berhutang dengan Allah
Kita tak pernah sedar semua itu.
Betul, sungguh, manusia mudah lupa.
Tapi jangan kita buat-buat lupa.
T.T
Biar mata yang ketiduran,
Jangan pernah biar hati turut serta dalam kelenaan.
T.T




