Kuasa Doa

Assalamualaikum!
 
 
Pernah dengar ajaibnya kuasa doa? Meh aku cerita satu kisah.
 
 
Pernah sekali i'm out of cash money, waktu tu malam, lewat malam, dan aku baru habis exam. Waktu tu pukul 11, dan aku malas nak jalan ke ATM yang agak jauh dari kolej aku. Jadinya aku memang sangat kebulur tahap gaban selepas memerah otak selama 3 jam di dewan peperiksaan yang amat sejuk, jadinya memang aku kebulur tahap kepalang di ajar. Haha!
 
 
Aku pun mengadu kepada seorang kawan yang aku memang kebulur. Cash money yang ada hanyalah Rm4. Aku balik ke kolej jalan kaki, dan sadly to say, kafe tutup!
 
 
Yaa, semua ini amat mendugakan! Dalam hati aku berdoa, kuat berdoa, aku kata, ya Allah, kalau betul rezekiMu luas, apalah kiranya kalau Kau beri sedikit padaku malam ini. Aku sangat lapar ya Allah.
 
 
Semua yang aku kata tu semuanya dalam hati je. Tak ada la aku tadah tangan, berdoa sungguh-sungguh. Aku bisik dalam hati, dengan nada yang agak sedih, sebak, lebih kurang macam tu la.
 
 
Lepas tu, aku baring, termenung, duduk lepak-lepak, merenung masa depan yang entah ke mana.
 
 
Out of sight and out of mind, tiba-tiba ada orang ketuk pintu bilik. Mula-mula aku macam yakin, this is not for my room. I was ignoring that ketukan pintu. Bukan bilik aku niii. Jadinya aku teruskan melepak.
 
 
Tiba-tiba bunyi ketukan tu tak berhenti-henti. Sah! Ini memang bilik aku. It's kinda weird la malam-malam ada orang datang bilik aku selewat macam tu.
 
 
Aku buka, and it was my friend, Yayah, she said, nah, kafe ada makanan sikit tadi.
 
 
Oh my God, I was like, ya Allah miracle nya. Dan bermacam-macam lagi miracle yang aku fikir, bila kita doa, kita takkan perasan pun yang doa kita dimakbulkan on the spot. Yang hanya kita perasan, doa kita tak dimakbulkan, permintaan kita tak dipenuhi etc etc.
 
 
Aku berdoa, dan aku perasan yang doa aku dimakbulkan on the spot. Kalau bukan dengan izin Allah, makanan tu takkan sampai punya dekat bilik aku.
 
 
Benda ni buatkan aku terfikir, kita manusia memang lumrah kita asyik tak puas hati, mengeluh hanya kerana bila kita minta sesuatu, doa kita tak dimakbulkan. Tapi kita tak pernah terfikir yang sebenarnya, Allah dah bagi dan penuhi permintaan kita dengan berikan something yang lebih baik dari apa yang kita minta.
 
 
 
 
 
 
 
 

Well, it's a good thought you know. Apa-apa yang berlaku dalam hidup, there must be a reason behind it.

 
 
And whatever it is, i'm HAPPY for it. =D

 
 
 


blurp blurp by eiffelish lover