Aku ni bagaikan kelkatu-kelkatu yang berkeliaran di lautan facebook. Tak tahu lah bila masa aku jadi addicted dengan facebook. Ye, memang buang masa pun haha. (jangan contohi aku)
Entry kali ini berkisar tentang satu artikel yang aku baca di facebook. Dan aku telah copy and paste dekat sini supaya kita semua boleh ambil iktibar dari artikel ini sementara ibu bapa kita masih hidup lagi. Insyaallah..
KEPADA ANAK YANG BERGELAR PELAJAR ...
Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.
Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.
"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.
Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.
Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin..
Bila aku baca artikel ini, aku bercampur baur perasaan. Ada geram sedih marah lepas tu, aku nangis. Uhuk! Sedih la, tak tahan bila baca part yang bapa dia bayar guna duit, hanya ada duit sekeping je rm50. Omagad!!! Yang lain hanya duit RM10, RM5, RM1. Berapa banyak lah duit RM10, RM5 dan RM1 yang diberi sampaikan nak mencecah ribuan harga laptop tu agaknya kan? Bapa dia mesti buat kerja part time kan nak belikan anak dia laptop. tsk tsk tsk. Apa jenis anaklah demand sangat nak beli yang mahal sikit. Allahuakbar! Elakkan diri ini menjadi yang sedemikian ya Allah.
Duhai anak, ketahuilah semasa kita kecil dulu apa yang telah dilakukan oleh kedua ibu-bapa kita, merekalah yang memberi susu kepada kita, menyuap makanan ke mulut kita, memandikan kita, memakai pakaian kepada kita, mendodoi dan menidurkan kita, membersihkan najis dan segala kotoran di badan kita, menghantar kita ke sekolah demi melihat anaknya ini menjadi insan berguna di kemudian hari.
Cukup-cukup lah tu menyusahkan mereka. Usahalah sendiri untuk mendapatkan sesuatu. Jangan lah bebankan mereka lagi. Selagi kita ada kudrat yang termampu, buatlah sesuatu untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. Kita dah besar dewasa, dan kita boleh berdikari tanpa letakkan demand yang sangat tinggi macam kisah di atas.
Janganlah kita menjadi seperti Alqamah pada zaman nabi dahulu yang begitu seksa dan sengsara ketika nazak akibat sukarnya sakaratul maut. Itulah balasan yang diterima akibat melebihkan isteri dari ibunya sendiri.
Mungkin memang tanggungjawab mereka untuk menyediakan semuanya, tapi silalah berhati perut sikit. Hmm kalau dah sampai bayar laptop dengan duit RM10 yang banyak, aku sendiri pun akan halang parents aku, cakap, tak apa lah, nanti orang kerja sendiri, orang beli apa yang orang nak. Ibu ayah simpan lah duit, adik-adik ada lagi. Simpan untuk mereka. Kita perlu memahami mereka. Ok sedih T,T
p/s jadikan lah iktibar, jangan jadi demand dan buat muka macam taik kalau tak dapat apa yang kita minta.


0 comments:
Post a Comment