MLM haram?

Oh ye hallluuwww to all :) (ooopppssss tak sopan, ASSALAMUALAIKUM) ^^

Terpanggil nak buat satu entry berdasarkan seorang manusia yang telah menegur aku dari mengepost something di facebook. Berbunyi begini, 

"Mungkin kalau nak post something di facebook, kita patut jaga perasaan orang lain atau mungkin kita boleh selidik dulu sesuatu itu sama ada betul atau tidak supaya tak terjadi pada diri kita (karma)".



#ooppss! Terasa mak jah. 

Regarding on that message in my fb, me then tend to scroll back, again and again, what actually did i post back then? Things that really hurting si pemberi mesej itu.. I don't find anything.. =,=

Ada post pasal kiamat
Ada post pasal Bawani yang hot tu
Ada sikit pasal politik (yang mana aku tak sokong mana2 pihak pun)
Ada post share blog orang lain tajuk Haid wanita
Ada post status update untuk adik aku

So, what is it actually yang mengganggu mamat ni sebenarnya? Den aku terjumpa,

# Tentang perniagaan berbentuk pyramid, MLM, dapat duit yang banyak, kerja pun senang jer (masukkan orang lain sebagai ahli saja)
"Piramid tu firaun yang punya..
Harta yang banyak pulak, qarun yang punya.
Akhirnya, mereka berdua masuk neraka" #


Ohhhh, mungkin dia terasa dengan status update yang ini kot..yang ini eh? coz i keep asking, status yang mane? Sadly to say, dia tak jawab pun.. Eh tak marah la, jangan la fikir aku marah. Its good to have someone that approach us the way he did. 

Komen aku : Mungkin si mamat yang menegur ini, terlibat dalam perniagaan ini, yang secara tidak langsungnya telah terasa hati dengan kenyataan aku di fb (ala ala artis gitu hahaha). Sebelum aku share benda tu, aku dah tau dah, yang perniagaan MLM ni memang diharamkan. Sebab apa? 


Sebelum itu, meh la kita check dalil-dalil al-Quran dahulu. 

HUKUM ASAL MLM

Hukum asal bagi setiap muamalat adalah harus selama mana tidak terdapat dalil dan faktorfaktor yang mengharamkannya. Dalil kepada harusnya muamalat ini berdasarkan kepada firman 
Allah S.W.T. : 

هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمِ مَا فِي األَرِضِ جَمِيعّا

Maksudnya : Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi. 
(Al-Baqarah : 29).


Dari sini lahirnya kaedah yang berbunyi: 

األَصِلُ فِيِ األَشِاْيَءِ اإلِ اْبَحَةُ

Maksudnya : Hukum asal bagi segala sesuatu adalah harus. 


Namun begitu, hukum itu jatuh kepada haram sekiranya, MLM itu terdapat syarat-syarat yang di bawah :

1. Perjudian yang terdapat di dalam sesetengah MLM dinamakan judi '21 up'. Judi '21 up' bermaksud, setiap yang terlibat di dalam perjudian tersebut mempertaruhkan sejumlah  wang  tertentu  seperti setiap  penjudi mempertaruhkan RM10. Selepas pengagihan daun  terup dan kiraan mata dikumpulkan, maka penjudi pertama yang dapat mengumpulkan  sebanyak 21 mata akan mengambil kesemua wang yang dipertaruhkan.  Konsep inilah yang diamalkan di dalam sebahagian MLM bagi memberi bonus yang tinggi kepada orang yang mencapai point tertinggi atau jualan tertinggi di dalam sesuatu level.

2. Apabila terdapat  'fixed return' atau janji kemasukan tetap  di dalam sesuatu  sistem MLM, maka ia   adalah riba yang diharamkan.

3. Tadlis bermaksud memalsukan, taghrir bermaksud memperdayakan dan syamta'  pula bermaksud 'make up' hamba yang hodoh sehingga kelihatan cantik dengan tujuan memperdayakan pembeli.  Syamta' ini secara hakikatnya agak berbeza dengan penipuan,  kerana penipuan beerti memberitahu perkara yang tidak sebenar, manakala syamta' kadangkala tidak melibatkan pemberitahuan yang tidak sebenar.

4. Terdapat sebahagian MLM yang sistemnya berkonsepkan kutu yang haram seperti  penggunaan  konsep "Auto Placement". Di dalam konsep ini "Auto Placement" ini, ahli pertama perlu mencari 2 orang ahli dibawahnya dan setiap ahli dikenakan yuran sebanyak RM2. Yuran RM2 tadi terkumpul dan akan dinikmati oleh ahli yang awal sehinggalah yang pertama terkeluar dengan masuknya ahli yang baru.

5. Penindasan di mana bagi sesetengah sistem MLM, ia mensyaratkan jumlah jualan tertentu bagi mendapatkan keuntungan. 



p/s   So, kepada si penegur, bukanlah aku menegur untuk memalukan seseorang dan aku tak menegur dengan mengetag nama seseorang dan aku tak menegur dengan bahasa yang kasar. Mungkin hanya yang terasa ialah orang yang melaksanakan perniagaan ini tanpa mereka tahu selok belok perniagaan ini. Aku tak berniat untuk mengaibkan orang, dan aku post benda ni kepada general. Mungkin yang terasa tu terfikir mcm aku ni jahat orangnya tapi niat aku untuk menegur dan saling ingat-mengingati. Dan untuk post-post yang lain, aku dah baca beberapa artikel tentang apa yang aku telah post, barulah aku yakin untuk post benda tu, sebab aku sendiri pun banyak kurangnya. Takkan aku nak memandai kan kan? Sekian~




Untuk rujukan dan contoh-contoh, boleh rujuk sini

blurp blurp by eiffelish lover

0 comments:

Post a Comment