Terpanar seketika bila blogwalking dan terbaca blog-blog yang menyentap hati yang dah lama tak terasa nikmat iman itu bila diri sibuk dengan keduniaan, exam dan sebagainya. Astaghfirullahalazim.
Terima kasih ya Robbi sebab titipkan kembali kesedaran dalam diri ini walaupun telah banyak menggunung dosa yang telah aku lakukan. Alhamdulillah.
Kembalilah wahai iman...
يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك
"Ya Allah, Tuhan yang membalik-balikkan hati maka tetapkanlah hati kami pada agamamu."
Satu kisah dari nabi :
Hannad menceritakan kepada kami, Muawiyah memberitahu kepada kami dari al-Aamasy dari Abi Sufyan dari Anas berkata :
Rasulullah SAW selalu memperbanyakkan doa ini. "Wahai Zat yang membalik-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu".
Lalu aku berkata : "Wahai rasulullah, kami beriman kepadamu dan apa yang engkau bawa, apakah yang engkau khuatir kepada kami?
Rasulullah bersabda : "Ya, sesungguhnya hati itu di antara dua jari dari jari-jari Allah yang membalikkannya menurut apa yang DIA kehendaki".
(Hadis Sunan at-Tarmidzi Jilid 3, nombor 2226)
Pesan imam al-ghazali
"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran.
Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati.
Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah,
pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"
-Syaitan yang tidak akan berputus asa untuk menggoda seluruh anak Adam ke arah kesesatan.
-Syaitan juga membisikkan supaya kita melewat-lewatkan taubat kita kepada Allah. Nauzubillah.
-Syaitan mengajak manusia melakukan amalan dengan tergopoh-gapah hendak cepat.
Ada suara jahat yang membisikkan kepada kita, apabila kita dah berbuat baik dan suara itu mengalunkan kata pujian, maka hendaklah kita menjawab, "keagungan dan kesempurnaan itu milik Allah hu rabbi. Dan Allah lah yang melimpahkan rahmat taufik kepadaku. Tanpa rahmat ini dariNya, apalah erti segala amalanku.
Dan bermacam jenis lagi bisikan syaitan kepada kita, rujuk sini
Maka, ya Allah, kembalikan kemanisan iman itu kepada diriku.
Tetapkanlah keazaman diri ini sekuat keazaman aku sewaktu ingin mendapatkan dean list ya Allah.
Bimbinglah aku ke arahMu sebenar-benarnya dan tetapkan padaku apa yang telah Kau beri, ya Zaljalaliwalikram.
Tetapkanlah keazaman diri ini sekuat keazaman aku sewaktu ingin mendapatkan dean list ya Allah.
Bimbinglah aku ke arahMu sebenar-benarnya dan tetapkan padaku apa yang telah Kau beri, ya Zaljalaliwalikram.


0 comments:
Post a Comment