Assalamualaikum.
Jadinya entri kali ini nak bercerita tentang one big step yang aku mulakan untuk change myself. It might sounds poyo but yes, alhamdulillah i made it. Alhamdulillah aku dah block semua ikhwah ( para lelaki ) di instagram. Ye, kita ni para akhawat ( para wanita, amboi wanita gittew ) haruslah buat sebegini.
No, actually i've been thinking about this a long time ago. Benda ni dah lama stuck in my mind. Sangat menyesakkan. Since instagram aku dah well-published, jadi untuk membuang rakan-rakan lelaki di insta tu macam seolah-olah menidakkan mereka sebagai kawan aku? Follow insta je pun, takkan tak boleh.
Kerana itu entri ini dibuat !
Satu, hendaklah memahami sebab musabab kenapa aku buat yang sedemikian. Salah satu reasonnya of course kerana Allah. Aku perlu jaga diri aku sendiri kerana Allah. Kalaupun ada orang yang susah nak menjaga penglihatan mereka terhadap akhawat di luar sana, jadi kenapa aku perlu menyerah dan upload gambar aku sewenang-wenangnya di instagram dan biar para lelaki yang tak berdosa, jadi berdosa sebab tengok gambar aku. Ye walaupun gambar aku insyaAllah menutup aurat yang sempurna tapi manakan kita mahu dusta pengaruh nafsu di dada ( ayat tuuuu kemain ). Syaitan always find their way to make us far away from ad-deen. Syaitan ada banyak point-point yang boleh menyesatkan kita. Betul syaitan memang bijaksana. Tapi takkan kita terlalu bodoh untuk mengikut saja tipu daya syaitan yang dilaknat? Yes, dengan itu aku block semuaaaaaaaaaaaa lelaki di instagram. Ye, semua.
Mohon memahami.
Adapun reason lain, aku sangat sangat rasa bersalah. Di facebook aku sendiri aku telah sekian lama meng-private-kan semua gambar-gambar aku. ( Gambar-gambar merujuk gambar yang banyak. Ye betul aku sangat suka bergambar. Walaupun gambar entah pape. And it was embarrassing to look at those pictures of mine. Nah, that was my previous self. But now i'm changing for the better insyaAllah ).
So apa kes ni, dekat facebook punyalah jaga gambar sendiri supaya tidak dilihat ramai orang, tapi dekat instagram, rela pulak? And this statement really kills me deep inside. Serius tertusuk menusuk terus jauh ke dalam hati yang membuatkan sebelum tidur kau akan fikir banyak kali. Dan sebab ini juga aku stop post / upload gambar dekat instagram for couple of weeks. Buntu, gelisah, rasa bersalah. Tak senang duduk.
Manakan tidak, apa tujuan aku nak upload gambar sendiri di instagram? Untuk tatapan siapa? Jika betul tujuan aku tu, dan jika mengupload gambar-gambar bermukakan aku di instagram boleh menarik ramai orang ke jalan yang benar, so i shouldn't worry about that. Ni tidak, hala tuju pun tak pasti. Apatah lagi matlamat yang syar'ie. Sangat teruk wahai Afilia.
Dengan itu keputusan ini dibuat. I'm changing for the better. I'm changing for Allah, to seek His blessings more than to seek others praises. I mean apa lah sangat human praises compared to blessings dari Allah =')
Makanya, hati ini ku kuatkan, ku bulatkan tekad, ku ikhlaskan diri. Betul, untuk berubah menjadi baik memang susah. Dah berubah menjadi baik, dan untuk istiqamah sentiasa dalam kebaikan lagi double triple susah. Moga Allah sentiasa bersama kita.
Jangan MENGHINA permulaan seseorang untuk berubah,
walaupun sebesar ZARAH,
kerana mungkin pengakhirannya LEBIH BAIK daripada kamu.
Next challenge, aku nak delete gambar-gambar yang mempamerkan muka aku di blog ini walaupun ahh sayangnyaaa =')
Jumpa lagi next entry.
Ma'assalamah.


0 comments:
Post a Comment