Kerana dia seorang Fynn Jamal.
Teguh bersabar, melalui liku-liku kehidupan.
Teguh bertahan walau diherdik dicaci maki.
Teguh berdiri di sebalik rasa-rasa yang membelenggu diri.
Kerana dia seorang Fynn Jamal.
Kuat menongkah arus.
Meneruskan sisa hidup berbaki.
Demi Arjuna, si pengerang jantung hati.
Juga ami aye, her beloved sampai hati.
Kerana dia seorang Fynn Jamal.
Dari kosong, perlahan-lahan dia mengayuh.
Dari jahil, tak pernah mengalah.
Perlahan-lahan dia mencuba.
Mengetepikan kata-kata nista.
Masih mencuba.
Kerana dia seorang Fynn Jamal.
Merendah diri.
Berperwatakan slumber.
Kerana dia.
Seorang Fynn Jamal.

0 comments:
Post a Comment