Hikmah Ramadhan

Bila tinta hati berbicara,
Terusik dek kerana pandangan mata,
Maka ketahuilah,
Tanda terusik itu,
Tandanya ada iman.

Melihatkan sang jejaka,
Berbaju lusuh,
Berseluar rugget,
Tali dan rantai perak,
Membaluti separuh jeans lusuh itu,
Rambutnya mengikut trend semasa, Mohawk,
Tajam, terpacak,
Namun masih warnanya hitam.

Dia mendekati tabungnya masjid,
Aku serik,
Minggu kelmarin, masjid itu,
Tabungnya dicuri,
Ya depan mataku ini semua terjadi,
Aku jadi tak keruan,
Aku jadi seriau,
Aku takutkan jejaki ini,
Seakannya dia mahu mencuri tabungnya masjid.

Rupanya..
Aku salah,
Aku hina,
Aku yang berdosa.

Jejaki ini,
Dengan senyap senyap,
Secara mencuri curi,
Melempar sejumlah wang kertas ke dalam tabung itu.

Aku sangat terkesan dengan perbuatan ini.
Secepatnya aku keluar dari masjid itu,
Ku hampiri keretaku,
Enjinnya aku hidupkan,
Aku termenung sendirian,
Pipiku basah.

Ya Allah, apakah hinanya aku,
Menilai orang sebegitu rupa.
Ya Allah, apakah berdosanya aku,
Menganggap yang bukan bukan padanya.
Ya Allah, apakah teruknya aku,
Sehingga begini sekali penangan Ramadhan kepadaku.

Ya Allah Allah mustaan,
Allah hu kareem,
Allah hu aalam.

Ampunkan dosa ku ya Allah.
Aku lemah.
Gantikan hati ku dengan hati yang baru.
Dengan apa jua cara sekalipun.
Aku mahu hati yang baru.

:"(
blurp blurp by eiffelish lover

0 comments:

Post a Comment