2017

Dah lama sebenarnya tak menjengah ke blog ni. Ada entry yang ditulis luhur dari hati. Ada entry-entry yang menceritakan masa-masa depression aku. Ya luaran kuat tak bermakna tak pernah depress. Dan aku tak akan sesekali buang blog ini meskipun nampak macam kebudak-budakan.

Deal with it.

Well, blog ni sebenarnya dah wujud waktu aku SPM. Jadi, dah boleh bayangkan kenapa tema blog ni keanak-anakan. But it doesn't matter anyway. You may judge me as you want to.

Blog ni tempat aku meluahkan sesuatu yang aku tak boleh luah di tempat lain. Makna kata ada beberapa halangan yang membuatkan aku tak boleh berkongsi kebanyakan hal. Tak kiralah di Facebook, Instagram.

Tahun dah pun 2017. Ramai yang datang dan pergi. Dan ada beberapa insan yang kau takkan sangka masih setia bersama di waktu susah senang.

Waktu pembentangan Final Year Project, aku pernah menangis teruk sebab anxiety, takut dan semua perasaan yang bercampur-baur. Dan waktu tu surprisingly dia ada. Siapalah tahu kami boleh rapat sampai macam ni.

Ya dia ada. Dialah tali yang menarik kembali aku bila mana aku jatuh tersungkur teruk. Dialah api yang membakar diri aku. Dia tahu banyak benda. Dia tempat aku luahkan segalanya. Bila aku senyap, dia tahu nak usik tentang apa. He knows how to start any conversation with me eventhough at that time, im so grumpy. Dialah air yang menyejukkan banyaknya benda. Dialah sumber inspirasi walaupun terlalu banyak kali dia mengatakan dirinya tak berguna untuk menasihati orang lain.

But to say all this thing to him, nanti jadi awkward. Well you know this kind of relationship where we rarely talk about those sweet things, yet, frankly speaking, he's sweet.

He surely got some special place in my heart.

Dan semalam dia bagitahu yang dia takkan lagi duduk di Kuala Lumpur dan nak balik Pahang. And this breaks my heart to thousand pieces. Mindf*cked and shocked.

Aku dah takkan ada orang yang aku nak whatsapp dan ajak jumpa on the spot. Yang langsung tak cerewet nak makan mana. Yang selalu lepak tengok wayang and do some silly jokes. Ketawa dekat benda-benda yang memang silly. Dialah yang ajar aku banyak benda. Yang suruh aku bukakan persepsi seluas-luasnya.

Dialah orang yang aku ajak ke Ipoh, a day trip untuk saja-saja tengok Kellie's Castle. Dialah orang yang banyak bawa aku ke mall-mall dekat Kuala Lumpur ni. Dan banyak ajar aku lagu Korea, artis Korea, group Korea.

Perasan atau tak, dia selalu bagi nasihat.

Ada satu kali aku pernah capai sesuatu yang tak pernah aku capai dalam hidup aku. Itupun disebabkan dia. Dia banyak, banyakkkkk sangat membantu. Bila aku tulis mesej panjang-panjang bagi pada dia sebagai penghargaan, yang dia balas cumalah jokes. Yup that is him.

Sekarang aku tak tahu apa aku rasa. I'm feeling losing something. Losing someone yang dah memang selesa dengan kau is something that is so difficult to deal with.

Insan yang macam ni sememangnya berharga dan perlu dihargai. I mean yeah, I don't even know how to put in words. He was there, he is there, he will be there.

I'm going to spend the last of time with him more and more. Tuhan, rahmatilah setiap insan yang rapat dengan aku. Amin.
blurp blurp by eiffelish lover