Kalau orang lain tak ada, dia mesti ada.


Assalamualaikum.
( tepuk-tepuk bahu )


Disebabkan entry sebelum ini nampak sedikit menyeramkan ( ke arah keagamaan gittew ), makanya hari ini entry yang ditulis merupakan entry yang ringan, tapi bermakna.

So today is a special day for one of my bestie ever. Cik mek molek my kesayangan my kerinduan ( and this is not sooo Afilia ). 

* drum roll *
.
.
.

Happy Birthday, B I H A !!

=D


Nak bercerita tentang persahabatan kami ni panjang. Sangat panjang. Ada suka ada duka. Well perempuan punya persahabatan mungkin sedikit berlainan dengan lelaki. Perempuan ni apa saja yang dia buat semua masuk campur gaul gali balik mesti bersangkut paut dengan emosi. Trust me. Perempuan sangat sinonim dengan emosi. Tak kisah la sedih ke gembira ke menangis ke apa ke. ( Aku perempuan aku tau la =P ).

Jadinya persahabatan aku dengan dia ni sangat melibatkan hati dan perasaan ( sementelah sekarang pun rindu gilaaaaa kat hanggg Biha oii ). Okay cut the crap. Kami berkawan bersahabat macam orang gila. Sesiapa yang rapat dengan aku, mereka mesti tahu yang aku ni easy going, senang nak diajak ke mana-mana. Cakap je, ' Fi jom pi sini'. Aku pun ikut saja. Kalau nak tahu, aku ni ada satu habit yang aku susah nak katakan TIDAK pada ajakan orang ( sounds macam menakutkan pulak. Ehhh tapi benda baik je laaaa of course ). Nak katakan TIDAK tuuu punyalah rasa bersalah yang amat sampai berkali kali aku akan meminta maaf. Padahal bukan apa pun sebenarnya kan. Haha Afilia afilia.

Aku dengan Biha adalah partner crime in terms of eating. Gahh, kami sangat suka makan. Actually tak, aku je yang suka makan. Bak kata Biha, whenever dia keluar dengan aku je, mesti makan. Tak kisahlah ajak keluar beli barang ke apa ke, mesti ada makan makan session. Of course la, aku sangat suka makan!

Aku sangat suka melepak duduk bilik Biha, tidur dengan dia, bercerita sampai pagi. Bual-bual. Seronok. Ada one time, bila dia ada masalah, and aku tak ada di bilik dia, dia akan call, menangis-nangis ( ah, terbocor rahsiaaa ). Aku ni cepat clumsy kalau dengar orang sedih ni. Tapi aku akan gelak dulu la kalau dengar orang nangis and then baru aku nasihat. 

Kami study bersama. Biasanya kami akan bangun pukul 4 pagi. Nak dijadikan cerita, ada satu hari tuu, kami tidur lambat. Supposedly kami akan tidur about 10 malam atau 11 malam. But at that time sebabkan kami risau sangat dengan paper keesokan harinya tu, kami pun stay up late. Sampai ada la pukul 1 lebih. Haa kau, terlajak sampai pukul 5 lebih, semua terkejut baq hangg. Menggelupur bangun cepat cepat basuh muka cari nota. Haha


And the story goes on and on...


Sebenarnya, dalam hidup kita, kawan ketika senang tu sangat ramai. Betul, aku peramah orangnya. Rata-rata orang mengenali aku dengan aku yang jenis slumber badak tak fikir apa. Kawan biasa-biasa tu ramai. Kawan dekat Facebook, kawan dekat instagram. Tapi, untuk mendapat seorang sahabat tu susah. Sahabat yang ada bila kita perlukan seseorang, tanpa kita cari, dia sentiasa ada. Sahabat yang bila kita sedih, tanpa kita beritahu dia, dia tahu, kita tengah bersedih. Sahabat yang mengenali kita. Sahabat yang terima kita apa adanya. Sahabat dunia sahabat akhirat. Sahabat yang juga mengajak ke arah kebaikan. Kalau adapun sahabat yang baik dengan kita, tak ramai yang akan menasihatkan tentang akhirat.



Itu bezanya sahabatku, Biha.



Oh, okay la taknak menangis. 
Happy Birthday Biha. Have that sweet 21~

Sayang Biha~

My bfftj <3



blurp blurp by eiffelish lover

Hendak tidur, tidurlah mata.

Sayup-sayup azan bergema.
Satu satu bait kedengaran.
Kita tahu, kita cakna.
Kita sensitif dengan masuknya waktu solat.

Allahu akbar, Allahu akbar, bunyi azan.
Ye kita tahu ertinya Allah Maha Besar.
Tapi apakah perbuatan kita sekarang ini membesarkan Allah?
Sedih.
Apakah perbuatan kita ikut sama dengan tajdid niat kita dalam mengakui Allah Maha Besar?
Pedih.

Kedengaran bait bait Allahu akbar Allahu akbar, ye itu azan.
Namun kita tetap masih bersenang lenang di hadapan laptop,
Lebih membesarkan Facebook, Youtube, Instagram dan sebagainya.
Namun kita masih mengakui, Allah itu Maha Besar.
Malu.
Sampai bilakah kita mahu menyedari yang kita sememangnya telah lama lalai?

Kita mengakui Syahadah.
Kita ucap Syahadah setiap hari.
Kita perbaharui Syahadah 24434 tanpa henti.
Tapi sejauh mana kita mengakui keesaan Allah?
Apakah di bibir saja?
Apakah kita mengikut suruhan Allah?
Suruhan Dia kita pun lemah.
Malah, kita melakukan larangan tanpa rasa bersalah!

Dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Kita mengakui itu. Kita mengaku Nabi idol sepanjang masa.
Tetapi untuk mengikut sunnah nabi itu sesuatu yang old school katanya.
Allah, kita lupa, Rasulullah lah penolong terakhir kita di akhirat kelak.
Penolong terakhir.

Azan mengajak kita, Haiya A'la Solah
Tapi apakah perbuatan kita selama ini segera dalam menyambut seruan itu?
Mungkin dalam hati berbisik, " Ah, kejap lagi. Awal lagi. Semayang jugak. Janji jangan tinggal."
Tapi inilah yang melemahkan!
Inilah yang sebenar-benar melemahkan.

Betul, sungguh, lebih baik lambat dari meninggalkan terus.
Tapi sanggupkah kita?
Allah menunggu kita setiap masa.
Allah beri kita nikmat setiap saat.
Tidak malukah kita menjawab dengan Allah, "tunggu sekejap"..
Semata-mata kerana hal keduniaan.

Allahu Allah.
Lemahnya kita.
Manusia.

Seruan azan mengajak kita ke arah kejayaan.
Tapi berapa ramai antara kita leka dengan kejayaan yang diperolehi?
Kita leka kita lalai.
Kita hanya mencari kesejahteraan dan kejayaan dunia sahaja.
Apakah itu kekal untuk selama-lama?
Malah, kita berbangga dengan apa yang kita capai.
Tanpa kita sedar kita sudah membelakangkan Dia.
Dan terus-terusan dalam kelalaian, masih mengejar harta sementara.

Budaya berlumba untuk mendirikan tiang agama perlu dididik.
Berlumba lumba dalam memastikan dirilah yang paling awal menyahut seruan azan.
Berlumba untuk mengambil wudu'.
Berlumba untuk berebut saf paling hadapan.
Berlumba untuk bertemu Allah di waktu paling awal.

Tapi sayang.
Itu hanya tinggal kata.

Sampai bilakah kita akan menyedari?
Adakah nanti suatu masa bila semuanya sudah terlambat?

Sedarlah wahai semua.
Kita hidup tidak lama.
Kita banyak berhutang dengan Allah 
Kita tak pernah sedar semua itu.

Betul, sungguh, manusia mudah lupa.
Tapi jangan kita buat-buat lupa.


Biar mata yang ketiduran,

Jangan pernah biar hati turut serta dalam kelenaan.


T.T







blurp blurp by eiffelish lover

Lingkaran ketakutan


Assalamualaikum.

Jadinya entri kali ini nak bercerita tentang    one    big    step    yang aku mulakan untuk change myself. It might sounds poyo but yes, alhamdulillah i made it. Alhamdulillah aku dah block semua ikhwah ( para lelaki ) di instagram. Ye, kita ni para akhawat ( para wanita, amboi wanita gittew ) haruslah buat sebegini. 

No, actually i've been thinking about this a long time ago. Benda ni dah lama stuck in my mind. Sangat menyesakkan. Since instagram aku dah well-published, jadi untuk membuang rakan-rakan lelaki di insta tu macam seolah-olah menidakkan mereka sebagai kawan aku? Follow insta je pun, takkan tak boleh.


Kerana itu entri ini dibuat !


Satu, hendaklah memahami sebab musabab kenapa aku buat yang sedemikian. Salah satu reasonnya of course kerana Allah. Aku perlu jaga diri aku sendiri kerana Allah. Kalaupun ada orang yang susah nak menjaga penglihatan mereka terhadap akhawat di luar sana, jadi kenapa aku perlu menyerah dan upload gambar aku sewenang-wenangnya di instagram dan biar para lelaki yang tak berdosa, jadi berdosa sebab tengok gambar aku. Ye walaupun gambar aku insyaAllah menutup aurat yang sempurna tapi manakan kita mahu dusta pengaruh nafsu di dada ( ayat tuuuu kemain ). Syaitan always find their way to make us far away from ad-deen. Syaitan ada banyak point-point yang boleh menyesatkan kita. Betul syaitan memang bijaksana. Tapi takkan kita terlalu bodoh untuk mengikut saja tipu daya syaitan yang dilaknat? Yes, dengan itu aku block semuaaaaaaaaaaaa lelaki di instagram. Ye, semua. 


Mohon memahami.


Adapun reason lain, aku sangat sangat rasa bersalah. Di facebook aku sendiri aku telah sekian lama meng-private-kan semua gambar-gambar aku. ( Gambar-gambar merujuk gambar yang banyak. Ye betul aku sangat suka bergambar. Walaupun gambar entah pape. And it was embarrassing to look at those pictures of mine. Nah, that was my previous self. But now i'm changing for the better insyaAllah ). 

So apa kes ni, dekat facebook punyalah jaga gambar sendiri supaya tidak dilihat ramai orang, tapi dekat instagram, rela pulak? And this statement really kills me deep inside. Serius tertusuk menusuk terus jauh ke dalam hati yang membuatkan sebelum tidur kau akan fikir banyak kali. Dan sebab ini juga aku stop post / upload gambar dekat instagram for couple of weeks. Buntu, gelisah, rasa bersalah. Tak senang duduk.

Manakan tidak, apa tujuan aku nak upload gambar sendiri di instagram? Untuk tatapan siapa? Jika betul tujuan aku tu, dan jika mengupload gambar-gambar bermukakan aku di instagram boleh menarik ramai orang ke jalan yang benar, so i shouldn't worry about that. Ni tidak, hala tuju pun tak pasti. Apatah lagi matlamat yang syar'ie. Sangat teruk wahai Afilia.

Dengan itu keputusan ini dibuat. I'm changing for the better. I'm changing for Allah, to seek His blessings more than to seek others praises. I mean apa lah sangat human praises compared to blessings dari Allah =')




Makanya, hati ini ku kuatkan, ku bulatkan tekad, ku ikhlaskan diri. Betul, untuk berubah menjadi baik memang susah. Dah berubah menjadi baik, dan untuk istiqamah sentiasa dalam kebaikan lagi double triple susah. Moga Allah sentiasa bersama kita.


Jangan MENGHINA permulaan seseorang untuk berubah, 

walaupun sebesar ZARAH,



kerana mungkin pengakhirannya LEBIH BAIK daripada kamu.




Next challenge, aku nak delete gambar-gambar yang mempamerkan muka aku di blog ini walaupun ahh sayangnyaaa  =') 

Jumpa lagi next entry. 

Ma'assalamah.





blurp blurp by eiffelish lover

Random



Bila jatuh tersungkur,
Kita boleh segera bangkit.
Bangkit sendiri.

Tapi luka itu masih berdarah.
Luka perlu masa untuk sembuh.

Sudah sembuh,
Parut masih ada.

Parut perlukan masa untuk hilang.

Dan kesannya juga.

Masa.

Masa segalanya.


blurp blurp by eiffelish lover

Great Advices



Assalamualaikum.


So i have heard a great piece of advice today. Perhaps all of you may heard the same too. Its either from your mother, father, uncle or anyone but today, its from my lovely primary teacher. It is an honour to hear that advice from her. The advice is all about love and marriage. What can i say? As the time flies, as we age, yes we do have to think about all of these. Most of us at some point in our lives, will have to think about love. Think about what will happen in the future. Think about the turning point of our life. Marriage. Something way too big in terms of responsibilities. Something that cant be just said by only words and promises. Something that we should prepare and plan.


So my teacher said to us that we have to find someone while we are studying. Carilah seseorang yang serius dengan kita. Yang tak mempermainkan kita. Kalau nak main-main, jangan nanti kamu kecewa. Carilah seseorang yang memang serius untuk mengahwini kita. Dalam usia kamu yang masih belajar ni, carilah seseorang. Memang, bila orang lain tahu, nampak macam kita gatal. Tapi itulah hakikatnya. Carilah seseorang, kenali hati budi dia, bersama-sama usaha sampai ke alam perkahwinan. She did say that she married her first love. OMG! Alhamdulillah cikgu beruntung dapat berkahwin dengan first love cikgu. Yes my late husband is my first love. Dan cikgu bersyukur sangat walaupun suami cikgu tu ramai peminat tetapi arwah bersama dengan cikgu di akhirnya. And that moment i just think of a true love. 



"  If you want to know if something is real, of love, of life, of loyalty, put it through the best test,                     that is TIME.  "
                                                                                                                            -the written journey 



So i'm not an expert when it comes to love. Its just a feeling that we cant deny. How to say eh. Cinta yang datang membuatkan kita buta tak nampak apa, buatkan kita berfikir tentang masa yang lebih jauh ke depan. Yes, it happened. Memang, orang datang dan orang pergi dalam hidup kita. Cikgu kata kalau 'dia' bukan untuk kita, jangan frust sangat, percayalah Allah dah prepare seseorang yang jauh lebih baik dari dia. Sebelum kita kahwin dan perkahwinan tu semua orang mahu sekali saja dalam hidup. Jadi dengan itu we have to go through trials and meet many people in our life. Dan saat kita menuju ke alam perkahwinan, carilah seseorang yang serius dengan kita, mahu mengenali kita, berkongsi hidup dengan kita.



" Umur tu cuma angka. Tapi sumber kena ada. Kalau hanya nak main-main, janganlah, nanti kamu sakit. "

And that time masa aku dengar semua benda ini, dalam hati aku berkata, kalau betul ada seseorang yang memang nak berkahwin dengan kita, he should fight for us. Usaha sama-sama, sampai ke alam yang halal. Cikgu ada kata perempuan ni setia. Perempuan ni sanggup buat kerja-kerja rumah walaupun dia sendiri sibuk dengan kerja di office. Betul, perempuan memang hebat. Dia takkan kisah tentang yang lain, jika dalam hati dia ada seseorang. Yes itu perempuan. Bila mahligai hatinya dah diisi oleh seseorang, bila hatinya telah dicuri, itulah orangnya. itulah orangnya sampai bila-bila. 


p/s  And that piece of advice makes me even more stronger in terms of waiting for someone. InsyaAllah. 


With Allah's willing.



blurp blurp by eiffelish lover

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum warga raya kota dan desa.

Ramadhan telah berlalu, kini syawal menjelma. Entah sempat entah tidak kita bertemu dengan Ramadhan hadapan. Hmm. 

Okay lupakan semua tu. Entry kali ni bercerita tentang sesuatu yang aku sendiri tak pernah sangka. Jauh sekali dari benak kepala ni.

Alkisah pada suatu hari, menjadi amalan hari raya, memang sudah satu kemestian berkunjung ke rumah jiran tetangga sanak sedara kan. Sambil memohon kemaafan mengeratkan silaturrahin beramah mesra.

Nak dijadikan cerita, ada satu hari aku malas nak ikut beraya, jadi hanya stay di rumah. Tapi dalam setengah jam kemudian, aku mendapat satu panggilan. Haaa panggilan uolls. Rupanya adik aku call.


"  Weh cepat datang rumah sini, ada orang nak sangat jumpa kau.  "


I was like, pulak kenapa dia nak jumpa aku kan. Padahal dia just jiran kat kampung aku saja. Takkan dah berkenan nak buat menantu kot. Tapi tak ada la rapat mana. Macam-macam aku fikirkan. Dan aku pun sangka yang adik aku ni menipu ke nak troll aku ke kan.

Aku pun malas nak bising-bising jadinya pergi je la beraya ke rumah tersebut. Masuk masuk je bagi salam. Ada sorang jerit.


Oh ni la dia pp? Sambil ketawa excited.


Aku pun pandang adik aku dan buat muka (like usual i did lah kan). Then berbual-bual, makan kuih bagai, minum air, salam bersalaman. Keluar je pintu rumah aku tanya ibu, ibu dah kenapa diorang request siap nak suruh datang nak jumpa. Ibu pun cakap, dia nak jumpa Nor Afilia yang dia selalu like status kat fb. Dia beria-ria nak jumpa tuan punya badan. Dia kata dia selalu check fb Nor Afilia tapi tak pernah nampak muka dia.

Haaa memang lah tak pernah nampak muka. Mana la aku letak gambar aku kat fb tu. Gambar pun just gambar eiffel, gambar quotes tah pape. Gambar aku kalau ada pun just yang ditag saja.

Aku pun macam woah woah. Bercampur rasa. First, aku rasa macam menakutkan jugak. Ada silent stalker macam tu. Entah pape je status kat fb aku yang dia sampai excited nak jumpa aku. Kedua, rasa bangga pun ada jugak. Sebab macam wahh penulisan aku walaupun dekat status fb mendapat tempat kat hati orang. Maksudnya mereka terkesan la bila baca status aku.

Niat aku untuk menulis status di fb jauh sekali nak riak atau menunjuk. Apa yang baik aku share supaya kita semua dapat kebaikan darinya. Apa yang buruk yang aku tulis sebagai status, aku tulis dengan pengharapan agar kita semua mendapat pedoman dari status fb tu.


Oh did i say 'kita'???

Yes of course untuk anda semua dan diri saya juga.


Jadinya sekarang aku tengah berfeeling feeling bunga bunga bagai. Alangkah bagusnya ada yang minat kat penulisan aku. So boleh la aku proceed untuk jadi novelist ye dak? Haha. Okay narcisist to the max.


Selamat Hari Raya.



blurp blurp by eiffelish lover