Lost another round



No matter how educated i can be, 
no matter how many experiences i can have, 
no matter who i be with,
heart always win over head. 


Hearts always win no matter what.


The head keep giving all the excuses,
and advices,
on not to do this and that,
on forgetting some of the things,
on following the rules,
but the heart takes the control.


The heart.


When the heart sees something,
and the heart tells us to do it,
with or without intention,
we will do it.


Nothing can stop it.


Just like an arrow,
finding something to hit,
or else lost its momentum,
till then, it wont stop.


It wont stop.


If i could ever chain my heart into a box,
take good care of it,
and follow my mind,
i guess everything would be secure.


But now,
it shows that im a human,
no matter what deeds i do.


Human (noun)
A human being, especially a person as distinguished from an animal or (in science fiction) an alien.


Human associated with feelings.




blurp blurp by eiffelish lover

Build your own strength










-fiphylia



blurp blurp by eiffelish lover

That awkward 5 seconds...


Assalamualaikum


Well, entry ni basically pasal satu cerita yang noob je. Cerita ni tak adala best mana pun cuma aku memang nak menaip pasal ni, sebab aku nak sematkan kenangan-kenangan dalam blog ni. Hah kite gedik gitew. Nak dijadikan cerita, last sem i have been busy dengan satu subjek elektif ni, Introduction to Medical Genetic. Haaa nama subjek pun dah seram baq hang, lecturer dia tak usah la cakap, berdouble triple seramm (nama lecturer dirahsiakan =p). Aku pun tak tahu kenapa aku ambik subjek ni, mungkin sebab suka medic, tu satu, lagi satu, mungkin sebab subjek ni je available untuk didaftar at that time.


Lecturer dia mengajar memang lah berbeza dengan lecturers yang lain. We have PBL for twice, discussion group tak usah cakap la. Dan ada lah juga rakan-rakan yang give up dengan subject ni, sebabkan susah dan lecturer dia agak cerewet (yela lecturer mana yang tak cerewet kan). Rakan-rakan yang lain pun ada ajak aku, jom drop subject ni, taknak lah ambik elektif susah-susah. Tapi prinsip aku, bila dah ambik sesuatu, jangan sesekali patah balik, nak taknak kena hadap, bulatkan hati, tetapkan tekad dan teruskan. Haa tu prinsip aku (ye aku tahu aku hebat =p) So takkan lah aku nak swallow my own prinsip kann.


So this one subject memang urge kami se-group untuk merajinkan diri ke library bagi mendiskusikan problem yang lecturer tu bagi. Oh ye, kami ada grouping dalam kelas ni. Satu group ada 11 orang. We come from different faculty and different courses. Tapi walaupun berbeza, kami agak rapat. Banyak masa aku spend dengan groupmate aku especially for this subject. Sebab yelah duduk berjam-jam discuss about problem yang been given. Mana lah tak rapat.




Kami bergelak ketawa, kena marah sesama, usaha sesama, macam-macam lah sesama.



Okay masuk cerita awkward moment, well aku ni seorang yang suka berhijrah, tidur bilik kawan kat kolej lain. Suka melepak, bercerita, bergurau senda, masak-masak haram dekat kolej dan makan-makan besar dengan kengkawan. Kadang-kadang kalau aku ada masalah dan perlu teman gelak ketawa, aku pi la tidur bilik kawan aku tu. So nak dijadikan cerita, masa tu aku on my way balik dari kolej kawan aku ke kolej kediaman aku sendiri. It was like panas gila that time, so aku pun singgah la kat kafe kolej tu, untuk beli sedikit minuman nak melegakan tekak yang dahaga sebelum meneruskan perjalanan pulang ke kolej sendiri. Amboi ayat gituu. Dan seperti kebiasannya, aku selesa berjalan seorang diri lah. 




Waktu tu petang if im not mistaken.



Tetiba aku ternampak dari kejauhan, macam kenal je dia ni. Duduk di hujung meja kafe tu ialah seorang dari groupmate Medgen aku, bersama adala dalam 2-3 orang. Gayanya macam discuss about something, dengan laptop bagai, muka serius. Eh tak tak, dia ni memang muka selalu ketat, serius je 24 jam hahaha. (Katanya, time ambik gambar je dia senyum, kalau tak, in real life, muka dia memang macam tu).


Jadi masa tu dalam kepala dok giat berfikir, nak tegur ke tak, nak tegur ke tak. Kang tak tegur, orang kata sombong. Kalau tegur kang, tetiba je macam apa je kan. Sebab aku tak kenal kawan-kawan dia yang lain tu, aku just kenal dia je. Tu pun sebab kami satu group dalam Medgen. So i was like, haih takpalaa filia, esok lah baru inform dia yang kau jumpa dia kat kafe. Sebab malu punya pasal nak tegur direct macam tu. (Haa jangan tak tahu aku ni pemalu nak nak dengan orang yang aku tak kenal, dengan kengkawan aku tak malu).


Kebetulan minggu tu belum lagi kelas Medgen. So masa kelas Medgen, aku pun dengan excitednya menegur lah mamat tu (dan aku memang sangat terkenal dengan ke-excited-an aku yang sangat melampau). Aku jenis happy go lucky tak kisah apa. Yelah sebab kan dah kenal, aku tadahal lah nak tegur kawan-kawan aku, tak kisah lah lelaki ke perempuan. Bila nama kawan, aku tegur je semua orang. Walaupun si mamat ni muka ketat kan, tapi wah i berani hokeyyy.



Dengan excitednya dan muka girang gembira, aku pun seraya berkata,


"  Eh weh, aku jumpa kau dekat kafe kuning Alamanda haritu.  "



Nak tahu dia reply apa?

Dia reply.......



"  Oh congrats lah!  "



Dan reaksi aku macam, apehal mamat ni cakap congrats pulak dahh. Lepas aku tegur dia, aku pandang tempat lain, dan sesenyap aku buat muka mengejek. Dan dalam hati membebel, motif apa nak cakap congrats kat aku sebab terjumpa dia dekat kafe kuning Alamanda??? Memang poyo habis mamat ni. =p Sampai sekarang nama CONGRATS tu dok melekat kat dia. Kawan-kawan dalam group medgen semua panggil dia congrats since incident tu terjadi. 



Haaaa macam ni la aku buat muka =P



Yelah, kau rasa, sapa tak terkejut orang bagitahu terserempak dengan kau, tetiba kau pi cakap CONGRATS. Aku pun terkejut beruk. Dan sebaik saja benda tu berlalu, aku pun dah tak nak tegur dia dah on that particular day. Geram punya pasal sebab kan dia reply congrats. Im pretty sure that was the most awkward 5 seconds in my life. =')




Hahhhh betul tu betul.

=D





blurp blurp by eiffelish lover

Wordless Night



blurp blurp by eiffelish lover

Aku perempuan dan aku bangga!


Assalamualaikum.

Tak tahu kenapa harini tangan gatal nak menaip. Laju idea datang mencurah-curah bagai air ke daun keladi (kay merepek). So tajuk entry kalini macam racist gender sikit kan? Haha puas hati dapat tulis entry special untuk perempuan, wanita. 


SETUJU GILA !!!


Nak cakap betapa beruntungnya kita jadi wanita ni subhanallah. Tak terkata lah beruntungnya. Dah la disambut seluruh dunia, ada Hari Ibu, Hari Wanita Sedunia. We have that official day for us you know. Lelaki ada ke? Hari Lelaki Sedunia, Hari Pondan Sedunia, Hari Tomboi Sedunia. Ya Allah, tak ada. Memang special betul kita ni kaum perempuan.



 Malaikat bertanya : "Apa kekurangan wanita ?" 
Lalu Allah menjawab, "Hanya satu hal. Wanita terkadang lupa betapa berharganya dirinya".




Ya Allah, ya Hanana, okay, entry ini akan bersambung nanti =)

Salam alaik.




blurp blurp by eiffelish lover

Woman



blurp blurp by eiffelish lover

Coz i can laaa


Assalamualaikum.

Its the last 10 days of Ramadhan kareem, 
makanya mari lah kita melipatgandakan amalan-amalan.


Post kali ni saja nak menggedik hapdate, saja nak tunjuk diri sendiri terlebih rajin (eh?). Okay don't get me wrong, sebabkan cuti adala dalam approximately tiga bulan, so i've decided to pulun cari duit. If you have read my previous entry about me working in Daiso, so at first, rasa macam nak sambung kerja Daiso. But then, ada sebab tertentu nak kena balik Uni on 2nd week of raya, and kerja Daiso mesti lah terikat dengan schedule bagai, so im saying bye bye to Daiso (walaupun sungguh rindu nak kerja Daiso, nak nak waktu Ramadhan, buka jemaah, terkejar-kerjar solat, merempit pergi bazar berama-ramai kan). Tapi tak apalah, masa mencemburui saya gituu.

In replacing kerja Daiso, i have been so dizzy nak kerja kat mana bagai dan tak terikat dengan schedule apa-apa, tetiba datang pulak pangkat nenek sedara meng-offer kerja. Because she is too old to complete the whole order from all customers, so she offered me to complete some of the order. Haa bagai orang mengantuk disorongkan bantal, memang lah peluang tu takkan dilepaskan. So lepas je disogok dan ditarbiyahkan dengan kelebihan-kelebihan buat bisnes REMPEYEK, aku pun angguk-angguk tanda setuju. Memang eager betul nak kerja. Its 3 months punya lama nak duduk rumah, lama-lama aku mati kebosanan.

But for sure orang pelik kan? Kenapa mesti nak kerja... Yela, my parents are both teacher, gaji cukup pun nak tanggung aku. Mintak je apa nak, mungkin diorang boleh tunaikan. But its not my style. Nak minta-minta something. Minta itu dapat. Minta ini dapat. Macam orang sekarang, minta je dapat (sesetengah je lah kot? Kann). For me, of course tak. My parents memang taught me some virtues since back then, which i think are of the greatest help for me now in my life. They always taught me how to be independent. Memang dari dulu lagi. 

I just cant forget, dulu there was one incident which i went to my school. Its the first time for me to enter the primary school, Convent. Darjah satu, budak masih nerd, tak tahu apa-apa, rasa nak menangis saja kan. But then, rasa nak menangis tu makin menebal bila my father left me all alone, dekat kelas tu la. Of course my dad hantar dulu ke kelas, then he rushed back to his school la (masa tu sekolah dia jauh, so no option, dia pun tinggalkan aku dalam crowd dalam kelas tu). So i was like, dah la first day sekolah, darjah satu, sekolah baru, tudiaaaa orang lain semua datang dengan parents, tapi aku sensorang, dah la noob, pegang duit rm100 nak bayar yuran. So at the moment i realised something, my dad had taught me one valuable thing ever, to be independent by yourself from quite an early age. 



So bila dah besar, benda dah terbiasa. I have been working merata tempat, met a lot of friends, met a lot of perangai orang yang bagus pun ada, yang entah pape pun ada. Benda yang selalu aku nak pun, aku usaha untuk dapatkan sendiri. With my very own money, my very own savings. So why not this time kan?

So aku pun berkerjaya sebagai usahawan REMPEYEK (haha melampau usahawan). Nak cerita panjang pasal rempeyek ni. At first punya lah tak biasa lagi dengan resepi dia, bila goreng rempeyek tu jadi cepat hangus dan bla bla bla. Buat buat hangus, buat buat tak jadi. Rasa macam bil telefon melambung jugak lah dok selalu call nenek sedara, tanya apesal laa tak jadi jadi buat rempeyek ni. Ada la dalam 2 kali attempt untuk dapatkan momentum sekarang ni. My mum pun tak putus asa bagi semangat ni. Dok tolong betulkan adunan tu la apa la. 

So now, i did it! 

Hahh, legaaa... Alhamdulillah, rezeki melimpah ruah sempena bulan Ramadhan. Orang tak putus-putus order. Adik-adik pun tolong sekali (right now mereka dah demand gaji mereka, kau rasa? Haha). Dan duit tu aku simpan baik-baik, duit tu aku ketepikan, aku asingkan, just to calculate how much modal yang guna dan how much untung yang dapat. Macam usahawan berjaya gayanya. (Eh of course lah, darah Cina mengalir dalam badan kot. Maka haruslah berbisnes bagai).

Alhamdulillah, penat memang penat. Duduk berjam-jam just nak siapkan order customer. But then, bila kita nampak hasilnya, ya Allah, syukur alhamdulillah, penat pun berbaloi-baloi.

Alhamdulillah!


Gambar tak menipu. Sedappppp! Makan sekali mesti nak lagi. Makan dua kali, berkali kali nak lagi. =P

All praises to Allah. If i cant continue working in Daiso, so Allah has plan something way too awesome for me and its better la of course. Memang tak menang tangan nak siapkan customer punya request. Ada seorang customer tu order sampai 13 packet untuk dia sorang je. Haaaa.... Alhamdulillah.


" I don't need to count other's money because i'm too busy counting mine. That's the very independent way of mine."


Quoted!

Till then, assalamualaikum =)



blurp blurp by eiffelish lover

Maka Teruslah Bertahan

You're not alone, together we stand.
I'll be by your side you know I'll take your hand.
When it gets cold, and it feels like the end.
There's no place to go you know I won't give in.


No I won't give in.


Keep holding on.
'Cause you know we'll make it through.


We'll make it through.


Just stay strong.
'Cause you know I'm here for you.


I'm here for you.


There's nothing you can say (Nothing you can say).
Nothing you could do (Nothing you could do).
There's no other way when it comes to the truth so.

Keep holding on.
'Cause you know we'll make it through.
We'll make it through.

So far away, I wish you were here.
Before it's too late this could all disappear.
Before the doors close, and it comes to an end.
With you by my side I will fight and defend.


I'll fight and defend, Yeah, Yeah.


Keep holding on.
'Cause you know we'll make it through.


We'll make it through.


Just stay strong.
'Cause you know I'm here for you.


I'm here for you.


There's nothing you can say (Nothing you can say).
Nothing you could do (Nothing you could do).
There's no other way when it comes to the truth so.

Keep holding on.
'Cause you know we'll make it through.
We'll make it through.

Hear me when I say when I say "I believe".
Nothing's gonna change nothing's gonna change destiny.
Whatever's meant to be will work out perfectly.
Yeah yeah yeah.

Keep holding on.
'Cause you know we'll make it through.


We'll make it through.


Just stay strong.
'Cause you know I'm here for you.


I'm here for you.


There's nothing you can say (Nothing you can say).
Nothing you could do (Nothing you could do).
There's no other way when it comes to the truth so.

Keep holding on.
'Cause you know we'll make it through.
We'll make it through.



Keep holding on.
Keep holding on.



There's nothing you can say (Nothing you can say).
Nothing you could do (Nothing you could do).
There's no other way when it comes to the truth so.
Keep holding on (Keep holding on).
'Cause you know we'll make it through.
We'll make it through.



Keep Holding On by awesome Avril Lavigne.





blurp blurp by eiffelish lover

Coz' she is Fynn Jamal



Kerana dia seorang Fynn Jamal.
Teguh bersabar, melalui liku-liku kehidupan.
Teguh bertahan walau diherdik dicaci maki.
Teguh berdiri di sebalik rasa-rasa yang membelenggu diri.

Kerana dia seorang Fynn Jamal.
Kuat menongkah arus.
Meneruskan sisa hidup berbaki.
Demi Arjuna, si pengerang jantung hati.
Juga ami aye, her beloved sampai hati.

Kerana dia seorang Fynn Jamal.
Dari kosong, perlahan-lahan dia mengayuh.
Dari jahil, tak pernah mengalah.
Perlahan-lahan dia mencuba.
Mengetepikan kata-kata nista.
Masih mencuba.

Kerana dia seorang Fynn Jamal.
Merendah diri.
Berperwatakan slumber.

Kerana dia.
Seorang Fynn Jamal.



blurp blurp by eiffelish lover

Isu Kalimah Allah

Assalamualaikum.


Entry kali ini ditulis rentetan dari entry Islam di hatiku. Berkenaan dengan isu kalimah Allah yang dituntut penganut agama lain. Ceritanya dituntut untuk diguna pakai dalam sebuah kitab khususnya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Tuhan ditukar kepada Allah.

Bezanya, entry kali ini saya senaraikan beberapa analogi dan sebab mengapa kita muslim patut menolak dari membenarkan penggunaan kalimah Allah. Untuk lebih memahami tentang isu ini, sila rujuk sini dan sini.

Sebab yang paling utama untuk menolak dari membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ialah akidah orang Islam. Soal akidah tak boleh dibuat main. Jika benar orang bukan Islam dibenarkan menggunakan perkataan Allah, takut-takut anak-anak yang masih muda terkeliru.

Dia panggil Allah, tapi dia makan babi.

Dia Islam ke?

Dia panggil Allah, tapi dia sembah berhala.

Dia Islam ke?

Kalau dia bukan Islam, kenapa dia panggil Allah?


Padahal 'dia' itu bukanlah beragama Islam. 


Dan iktikad dia bukanlah seperti iktikad kita. Setujukah kita jika kalimah Allah diukir di dalam gereja? Ataupun diukir pada salib? Dikhuatiri anak-anak yang tidak tahu apa-apa dengan mudahnya tergelincir dan rosak akidah mereka.


Bila mana nampak gereja, mereka katakan itu masjid.

Sebab ada ukiran kalimah Allah.

Nampak salib, mereka beli dan memakai salib.

Alasannya kerana ada kalimah Allah.

Apatah lagi jika bible dibenarkan untuk guna kalimah Allah.

Takut-takut anak-anak muda confuse, mana satu kitab kita orang Islam.
Sedang bible masa kini banyak yang telah diubah suai isi kandungannya.

Dengan semua ini, dikhuatiri akidah kita ibarat lalang yang ditiup angin.

Lagi-lagi zaman akhir ini, kita umat Islam lemah.


Lemah. Tak tetap akidah.



Analogi seterusnya, katakanlah saya, Nor Afilia. Seorang wanita, bertudung. Baik, sopan santun, masih belum bernikah dan tiada anak. Tiba-tiba all of sudden ada orang lain claim to be Nor Afilia. Pelaku tersebut tidak bertudung, sudah berkahwin dan mempunyai anak. Dan melakukan perkara-perkara terlarang dengan tiket nama Nor Afilia. Adakah saya sendiri patut mendiamkan perkara ini dari terus terjadi? Adakah saya hanya akan rela membenarkan pelaku tersebut menyalah gunakan nama saya?

Definitely it will be a NO.

Dan saya yakin, anda pun begitu juga.
Kerana nama kita, eksklusif untuk kita.
Kita tidak mahu nama kita busuk.
Kita mahu menjaga nama kita.


Jadi kenapa kita perlu beri keizinan kepada orang yang tidak berhak menggunakan kalimah Allah?



Mungkin ada yang masih keliru kenapa kita mesti menghalang perkara ini. Allah itu satu. Allah itu esa. Semua kita muslim tahu dan mengakui perkara ini. Jadi perkara ini totally contradicted with puak Kristian yang mengatakan Tuhan mereka mempunyai anak. Adakah kita mahu membenarkan Tuhan itu ditukar kepada Allah dan mengakui Allah mempunyai anak? Adakah kita perlu hanya duduk diam dan redha pada penyelewengan ini?



"  Maka pandangan dari wakil Al-Azhar (Timbalan Syeikh Al-Azhar) dan Ketua  Lujnah  Dialog Antara   Agama Al-Azhar, Fadhilat Al-Syeikh Abdul Fattah Allam, beliau berpendapat bahawa tindakan Kerajaan Malaysia menegah penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat.  Ini kerana kalimah Allah tidak boleh disama ertikan dengan kalimah Rabb  yang  membawa    makna    Yang   Mewujudkan.  Sebagaimana maklum penganut bukan Islam menamakan sebarang Tuha Yang mereka sembah seperti batu, haiwan, matahari dan lain-lain sebagai Allah.  Hal ini sudah tentu amat   tidak  wajar  sama  sekali  dan menyalahi maksud kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran dan Al-Hadis.  "



Jadi mengapa kita umat Islam perlu bersetuju? Dengan alasan Allah itu Tuhan semesta alam.
Tapi mereka tidak langsung mengakui kenyataan ini.


Dan ketahuilah sesungguhnya mereka yang bukan Islam lebih pandai mengkaji agama kita berbanding kita yang masih di takuk lama, tak tahu apa dan malas mengkaji. 

Mereka lebih ke hadapan dari kita.


Mereka meminta apa yang di luar jangkaan kita.


Mereka meminta yang bukan hak mereka.




"  Kerana bahawasanya mereka tahu, satu hari nanti, umat Islam akan jauh maju meninggalkan mereka. Dengan itu mereka berusaha dengan pelbagai cara untuk menghalang kejayaan kita dengan  memporak-perandakan kita.  "


Till then, jaga diri, jaga iman.



Dari pandangan yang tak seberapa,


Sincerely,


Serikandi Islam.

blurp blurp by eiffelish lover

Random

" Kerana mencintai dalam diam itu adalah doa "

Cukuplah aku menyalurkan rindu-rinduku,
melalui doa-doa ku,
dalam setiap sujud-sujud ku. 

Dalam diam diam,
dari kejauhan,
langsung tak pernah ku lupa.


Ye, biar Allah yang menjagamu.


Agar suatu hari kepahitan yang ditanggung,
membuahkan kemanisan di akhirnya.
Dalam menjaga batasan.
Untuk mencari redha yang satu.


" Paling kuat tali keimanan ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah "
Hadis riwayat At-Thabrani




blurp blurp by eiffelish lover