Islam di hatiku

Assalamualaikum.

Alhamdulillah diberikan idea yang melimpah ruah semasa bulan yang mulia, Ramadhan al karim. Jadinya tajuk kali ini mendorong perbualan yang lebih sensitif dan serius mungkin? Bukan apa, saya sendiri jadi tidak selesa jika membiarkan orang bukan Islam memperkotak-katikkan isu penggunaan kalimah Allah.

Sungguh, Tuhan itu universal. Bagi orang Islam, Allah itu Tuhan yang esa, Dia lah yang satu, tiada dua. Betul, saya bukanlah seorang yang alim ulama yang pandai hal ehwal keagamaan. Pun begitu saya ada perasaan sensitif jika agama saya diperkotak-katikkan. Saya tidak boleh berdiam diri dan hanya mengiyakan saja kata mereka. Tidak, itu bukan saya.


Lagi-lagi, Melayu Islam.


Betul, kadang-kadang kita sibuk memperjuangkan kalimah Allah, eksklusif untuk kita, eksklusif untuk orang Islam. Sibuk gaduh sana sini, pertahankan sana sini. Tapi diri kita entah ke mana. Solat 5 waktu entah ke mana. Solat di masjid jarang sekali. Subuh entah subuh gajah. Quran jarang sekali baca.


Betul, semua bukan sempurna.


Tapi adakah ketidaksempurnaan seseorang itu menghalang dia untuk menyuarakan pendapat tentang agama? Adakah ketidaksempurnaan seseorang itu menghalang dia untuk sedikit mempertahankan Islam? Adakah kita perlu tunggu dan lihat saja agama kita dipermainkan sebegitu rupa? 


Alasannya mudah, "aku tak sempurna."


Aduh, jika betul ketidaksempurnaan seseorang itu menjadi faktor penghalang, nescaya tiada seorang pun layak untuk berbuat apa-apa di muka bumi ini. Kerana semuanya memang tidak sesempurna mana. Semuanya, tidak terkecuali. 

Termasuk saya.


Sedang kita dituntut untuk menerima apa sahaja yang baik, walau dari siapa penyampainya.

" Lihatlah dan ambillah nasihat yang disampaikan, bukan lihat kepada penyampainya. "

Disebabkan negara kita aman dan damai dengan pelbagai kaum dan pelbagai agama, jadinya isu ini teramatlah sensitif. Jika dilihat, punya lah lamaa kita hidup harmoni tanpa ada sengketa, tup tup sekarang timbul soal isu kalimah Allah. Isu yang sangat-sangat menaikkan kemarahan, kerana tersangatlah sensitif. Saya faham ada segelintir kitab selain al-Quran yang sudah lama menggunakan kalimah Allah untuk terjemahan bahasa Melayu, dan isu ini dibangkitkan sekarang. Bear in mind one thing, dulu mungkin kita lupa dan alpa, kita biarkan saja. Tapi bukan sekarang. Mungkin dulu boleh kita ikut telunjuk orang, diam, dan patuh. Tapi bukan sekarang. Benda dah terang salah, yang pahit perlu ditelan jua. Jangan pernah jadi seperti lembu yang dicucuk hidungnya.


Saya juga hormat penganut agama lain.


In fact, my grandfather was a Chinese back then. Sekarang alhamdulillah dah muslim. Dan keluarga belah atuk saya ada lagi yang masih Cina. Saya juga sering menziarahi mereka ketika perayaan Tahun Baru Cina dan hubungan kami rapat jika ada masalah, kami sentiasa duduk berbincang. Perbualan melalui telefon usah cakap lah. Kerap sungguh. Dan kami memang ramah, orang Melaka lah katakan (okay nampak macam racist sikit kan).

Jika betul, perbezaan agama dan budaya membawa kita ke arah keharmonian, mengapa perlu kita menimbulkan isu sedemikian rupa? Mengapa perlu kita mempertikaikan lagi hak orang Islam? Kerana yang menuntut untuk menggunakan kalimah Allah itu langsung tiada rugi jika tidak menggunakan kalimah Allah. Mereka langsung tidak terjejas jika tidak menggunakan kalimah Allah. Jadi, memang tidak perlu dipertikaikan lagi.

" Kerana bagi kami, selamanya tetap, agama kami. "

Yang menyedihkan, ada yang muslim yang sanggup untuk bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah untuk penganut agama lain. Sungguh saya katakan, isu ini menuntut kita untuk faham betul-betul apa yang dituntut oleh penganut agama lain terhadap kalimah Allah. Itu satu. Adapun benda yang kita perlu faham, ialah tuntutan amar maaruf nahi mungkar. Niat tak menghalalkan cara, tak menghalalkan matlamat. Itu yang kedua.


Kena faham betul-betul.


Betul, semua manusia diciptakan Allah yang esa. Dan tidak salah jika penganut lain menyebut kalimah Allah. Tapi jika hendak menggunakan kalimah Allah sehingga ke dalam bible, itu saya tersangatlah tidak setuju. Adakah penganut lain mempunyai iktikad yang sama? Adakah mereka mempunyai niat yang baik semasa menyebut perkataan Allah? Adakah mereka mengiyakan keesaan Allah sebagai Tuhan mereka? 


Allahu ahad. 
Allah itu satu. 
Allah bukan Tuhan yang mereka niatkan.

Jadinya, berbeza agama, berbeza iktikad mereka.
Berbeza agama, berbeza kalimah mereka.
Berbeza agama, berbeza amalan mereka.


Sangat-sangat berbeza.


Menjadi seorang muslim itu menuntut kita bersatu padu sesama muslim yang lain. Bukan bertegang lidah jika ada muslim lain yang menyokong atau membangkang isu ini. Masing-masing punyai pendapat masing-masing. But one thing for sure, kajilah, teruskan mengkaji. Mana tahu pendapat kita salah, dan orang lain betul. Dunia tidak menuntut kita sentiasa berada di atas. Sekali sekala jenguklah ke bawah, mencemar duli. 

Rendahkan diri, bukakan hati, lapangkan dada, berfikiran terbuka.
Terima apa yang orang lain katakan, jika mereka salah, tunjukkan mereka jalan.
Pimpin mereka, bukan menghina mereka.

InsyaAllah isu kalimah Allah ini akan saya sambung untuk next entry.
Tentang keburukan jika kalimah Allah dibenarkan untuk diguna pakai bagi penganut agama lain.


Till then, assalamualaikum.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa.
Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. =)







blurp blurp by eiffelish lover

Gempar?

Assalamualaikum.

Hari ini Malaysia gempar dengan berita penemuan adik Firdaus di sebuah rumah terbengkalai dipenuhi dengan sampah sarap dan najis. Jadi aku terpanggil untuk menjawab kenyataan yang si ibu  berikan kepada pihak pemberita. Rujuk sini.


“Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami."

Buat si ibu, 

Pertama sekali, ye, aku akui jika si ibu perlu menyara keluarganya dengan pergi bekerja mencari nafkah, kesempitan hidup, mencari sesuap nasi, menyebabkan ibu ini meninggalkan anaknya sendirian di rumah. Okay baik. I can deal with that. 

Tapi persoalannya, mengapa timbul soal maki memaki oleh public di laman sosial terhadap si ibu?

Si ibu pergi bekerja dan meninggalkan anak kurang upaya sendirian di rumah. Anak yang kurang upaya ditinggalkan dengan sebegitu rupa tanpa sedikit pun belas kasihan, berseorangan. Bagi aku, dia kurang upaya, whats the point of you leaving him alone? Memang dia tak boleh nak buat apa dalam keadaan dia macam tu. 

Keupayaan dia terhad.

Okay pergi bekerja tak salah bagi orang perempuan pun. Tapi apa lah kiranya jika sebelum pergi bekerja tu, bersihkan sikit tempat tinggal adik Firdaus tu. Allah, seorang budak kurang upaya ditinggalkan dengan tempat yang penuh najis, kotor, bersepah. Dan adik Firdaus itu sendiri dah macam rangka mayat hidup je. Allah Allah.

Kalaupun si ibu betul betul ikhlas dalam mencari nafkah dan memang niat nak berkorban untuk si anak, aku tak rasa si ibu akan tergamak meninggalkan anaknya di tempat sebegitu rupa. 

Plus, dengan keadaan fizikal adik Firdaus tu, aku dapat rasa, hal ini dah terjadi lamaaa dulu sebelum pihak berkuasa menemui adik Firdaus ini. 

*sigh

Jadi mengapa sebegini lama si ibu tak rasa bersalah langsung meninggalkan anaknya di tempat yang tak sepatutnya? Si ibu tidak langsung timbul rasa kasihan melihat anaknya kurus kering dan hanya tinggal rangka? 

Seandainya adik Firdaus itu boleh berbicara isi hatinya, aku tahu, jauh di sudut hati adik Firdaus tu meminta agar dia tidak dilahirkan sebegitu rupa. Hidup ditemani najis dan sampah, entah ada tikus entah tidak, keselesaan langsung tak menjelma.

Allah, aku langsung tak boleh nak husnudzon dalam kes ni. Terlalu banyak pertikaian.

Mengapa kemiskinan hidup dijadikan faktor kebersihan tidak boleh dijaga?
Mengapa kemiskinan hidup membuatkan kita lupa kita ada tanggungjawab pada anak-anak, bukan setakat mencari rezeki, tapi mendidik, menjaga, menjaga dan menjaga mereka.


Kemiskinan bukan faktor untuk kita lupa menjaga kebersihan.


Hmm moga kisah ini beri pengajaran kepada kita semua.
Semua, tiada yang terkecuali.

Moga adik Firdaus terpelihara sentiasa.


Till then. Assalamualaikum.



blurp blurp by eiffelish lover