Ramadhan Kareem

Hai assalamualaikum dunia. 

Lama tak bersua nampaknya. Akhirnya bersua kita di bulan Ramadhan yang mulia, penuh barakah hendaknya. Alhamdulillah, masih kuat, masih bernafas, masih mampu ke masjid berdekatan menunaikan amalan-amalan special di bulan yang special kali ini.

Bukan apa, kebiasaanya, amalan itu dilakukan juga. Solat, puasa sunat, solat sunat, reciting the Quran, sedekah dan sebagainya. But the thing here is that, you must multiple everything you do dalam hari-hari biasa itu. Multiple in a way, perbanyakkan kata-kata manis, perlakuan sopan, simpan baju-baju yang mendedahkan aurat, dan insyaAllah, kebiasaan ini akan menjadikan diri kita terbawa-bawa dengan hari-hari indah di bulan Ramadhan ini.

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.
Ramadhan bulan LUAR BIASA. Amalan pun perlu, LUAR BIASA.
BUKAN seperti hari-hari di bulan biasa.

Analoginya se-simple yang difikirkan. Hari-hari kebiasaan kita kerja seperti biasa. Rutin yang biasa, gaji yang biasa. Tapi apabila tiba bulan yang satu itu, suddenly, bos kita tawarkan offer. Siapa buat over time kerja, gajinya dinaikkan 3 kali ganda. Syaratnya, cuma kerja yang biasa, menjadi bertambah. Balik masa yang sama, cuma jumlah kerja yang dilipat-kali-gandakan. Dan sesiapa yang datang kerja sepertiga malam, akan diberi hadiah bonus percuma. Bonus ini lain dengan gaji yang digandakan tadi.

Well, if that happens, i bet most of the worker akan sanggup bersengkang mata disebabkan tawaran yang diberi. Berebut-rebut semua nak buat over time kerja. 

Begitu jugalah tawaran di bulan Ramadhan ini. Tawaran yang diberikan, mashaAllah. Sangat berharga. Sayang kalau kita lepaskan begitu sahaja. Tak tahu nasib kita sama ada sempat lagi kita berjumpa Ramadhan hadapan atau tidak.

InsyaAllah pertingkatkan amalan kita. Tepuk dada, tanya iman, adakah amalan kita sebiasa bulan yang biasa, atau alhamdulillah, kita dapat pertingkatkannya di bulan Ramadhan ini. Untuk saya dan anda.

Till then. SALAM.
blurp blurp by eiffelish lover

Two cents of opinion

Dunia sekarang menampakkan manusia yang sangat offensive. 
Nasihat?
Mungkin diterima.
Mungkin tidak.
Mungkin dibalas dengan jelingan.
Bila mana kita berbicara tentang sesuatu dan rasa ingin menasihati itu hadir,
Terfikir di benak.
Dua kali berfikir.
Patut kah aku menasihati? Siapalah aku untuk menasihati?

Mungkin pilihan aku,
Menasihati.
Dengan cara paling lembut. Gelak-gelak sakan.
Tapi penuh input.
Terpulang pada si empunya badan untuk menyerap.

Adapun pilihan yang lain
Aku menasihati terang-terangan.
Dari reaksi muka si polan. Caranya seperti mengejek.
Aku memujuk hati sendiri.
"Tak apalah. Dah nasihat. Nanti nasihat lagi."

Mengenai dunia sekarang.
Manusia tersangat taksub tentang sesuatu.
Bila ditegur tentang ketaksuban itu.
Rautnya masam
Mulutnya muncung
Berpaling mukanya.
Walaupun aku dikatakan sahabatnya.
Maka dengan itu, aku pilih untuk menjaga hatinya.
Tidak lagi menyakitinya.
Dan aku menyuruh orang lain untuk menasihatinya.

Well, kuddos to those who can't accept people's advices.
I mean it for serious.
Think about it.
You can't accept it.
That's not my problem.
That's not others problem.
That's your heart's problem.
Your own problem.

Well berlapang dada lah.
Bersangka baiklah.
Mungkin ada benar kata-kata orang lain.
Cheers.

 


blurp blurp by eiffelish lover

Eiffel tower

Assalamualaikum dunia. Lama tak bersua. Disebabkan kekangan masa, dengan banyaknya kerja, event sana sini, maaf bagi yang membaca. Kali ni update sesimple mungkin but sweet. Hee.

Bercakap pasal passion, ada satu passion yang memang aku tak boleh lari. Teruknya sampaikan baju kurung pun aku rasa nak ada corak passion aku ni. Hehe itulah dia, kalau dah suka, jadi macam tu lah kita.

And my passion is......

Taraaaaa~




EIFFEL TOWER

Gambar di atas dikreditkan dari tumblr seseorang. Sebab aku jatuh cinta dengan eiffel ni, banyak sebab sebenarnya. Ketaksuban aku dengan eiffel tower ni haa, korang memang tak boleh nak bayangkan. You see, i merely have my own collection of eiffel real things. Macam t-shirt, keychain, penanda buku and even replika eiffel tu sendiri.  



Cantik, menarik, binaan yang awesome. Walaupun susah untuk dibina, bertahun megah berdiri. Walaupun sekarang ni penuh karat menaranya, tapi masih dikagumi ramai. Ada juga yang pergi ke PARIS semata-mata kerana Eiffel Tower ini. Di sebalik tower ini, kita dapat kaitkan dengan hidup kita sendiri.



Mungkin payah sekali menempuhi ranjau hidup kita, susah payahnya, jerih perihnya, hendak menuju ke puncak jaya sejauh puncak Eiffel ini. Banyaknya cabang pada binaan Eiffel Tower, dapat describekan hidup kita yang diberi banyak peluang, diberi banyak pilihan untuk kita tentukan.



Ya Allah, cantiknya ciptaan manusia ni, lagi cantik ciptaanMU. Eiffel here, it is not standing all alone. The nature that surround the tower, that is what matters. Tanpa suasana yang cantik di sebalik binaan yang megah, tetap lack of something somewhere.  Begitu juga diri kita. Tanpa DIA, kita takkan ke mana. Tanpa  kasih yang MAHA ESA, tak mungkin kita dipandang mulia oleh makhluk lain ciptaanNYA.

Waktu malam, jika dilihat, ketiadaan cahaya membuatkan eiffel gelap, sugul, tak dapat dilihat dengan mata. Sebab itu, kita sendiri tak dapat berdiri dengan sendirinya. Kita perlukan bantuan yang lain, kita perlukan keberkatan, dan sebagainya.

Well, we cannot stand it all alone right?
Sama macam lovely Eiffel.



Till next, assalamualaikum ;)

blurp blurp by eiffelish lover