Rasa insecure

Hai assalamualaikum semua. 
Tajuk a little catchy hari ni disebabkan beberapa orang mengadu dekat aku tentang rasa insecure. Woho. Nampaknya bahaya jugak rasa insecure ni ye? Tak kira la dalam relationship ke or dalam friendship ke. Or whatever it is. Kalau tak dikawal, perhaps something bad will happen. Apa pula kata orang ye tak kalau kita asyik ragu-ragu. Kalau kita asyik menyorok di bawah tempurung, tak yakin dengan diri sendiri. Malu untuk ke hadapan di tengah-tengah public. Tak semua berkeyakinan tinggi. Not all can face the public. Kalau aku pun, aku ada rasa gugup. hehe


So, ada beberapa tips sikit untuk those yang rasa sangat insecure dalam hidup. Hidup dikejar bayang-bayang lah katakan. HEHE

1. Jangan layan rasa insecure ini. Buang rasa insecure ni jauh-jauh. Bak kata orang putih, don't ever feed your insecurities, or else, it will consume you. So why not bila datang rasa insecure tu, cuba untuk berfikir tentang perkara lain. Macam, memasak ke, fesyen ke. Well, imma girl you know. Jangan terlalu fikir tentang rasa insecure ni. So let it be. Its invisible anyway. Nobody will notice your insecurities.

2. Jangan pernah rasa diri ini penuh kekurangan. Have that confidence. Somehow, kita kena ada keyakinan yang tinggi untuk face the public. Tak kisah la, how you look, how you dress, its all doesn't matter. What matters the most is your confidence. Your versatile. Your own quality. Kadang-kadang its good when we ask our bestfriend about your own best qualities. Like, "aku comel tak?", "kau tengok aku kan, aku ni ada keyakinan tak?" Well it sounds silly to most of the people, but hey, i did that you know~ Ashamed. That was my first reaction. But i continue doing that whenever i feel very very insecure.

3. Dah bertanya tentang kelebihan kita, kita jauhi pula orang yang buatkan kita rasa insecure. Jauhi tak bermakna bermusuh dengan orang tu, betul tak? Don't get me wrong. Ada certain orang yang percakapannya boleh melemahkan self-esteem kita. Walaupun mereka tak perasan, tapi kita yang menerima, kita je tahu. So, please avoid that kind of people. Kalau tak, badan sendiri yang merana. hehe


4.  Berfikiran positif. Mulut orang kita tak boleh nak tutup, kalau mulut tempayan, kita boleh jugak nak tutup. So why do we need to care about those people yang menjaja cerita bukan-bukan? Let them be. Let them be. Kalau dah kurang saliva mereka, diam jugak diorang nanti. Its not all bad. Those devils have been my angels. Bad words sometime give you strength. Give you power. Am i right? So whatever it is, think in a positive way.

5. Bagi yang Islam, perbanyakkan berzikir, berdoa. Kadang-kadang hati kita dibolak-balikkan. Perbanyakkan berdoa. A simple concept for you. Rezeki. Ada rezeki, ada lah. Jangan khuatir jangan risau. Dan Allah itu maha pemurah, maha penyayang. Apa-apa yang kita lakukan, berbaliklah kepada tuntutan agama insyaAllah. Rasa tidak selamat, ragu-ragu, akan hapus jika kita berdoa, minta kita ditetapkan iman, akidah, pendirian dan sebagainya. Well, apa yang kita fikirkan tentang Allah, itulah yang Allah lakukan pada kita kan? Jadi fikirlah yang baik-baik pada Allah. Jika doa kitatak dimakbulkan, fikir positif, that means, doa kita BELUM dimakbulkan. Sama ada lambat atau cepat, yakinlah pada Allah, DIA maha pemberi.

To the man above, hey, don't take things for granted! HEHE



Jumpa lagi. Wasalam~


blurp blurp by eiffelish lover

Ramadhan Kareem

Hai assalamualaikum dunia. 

Lama tak bersua nampaknya. Akhirnya bersua kita di bulan Ramadhan yang mulia, penuh barakah hendaknya. Alhamdulillah, masih kuat, masih bernafas, masih mampu ke masjid berdekatan menunaikan amalan-amalan special di bulan yang special kali ini.

Bukan apa, kebiasaanya, amalan itu dilakukan juga. Solat, puasa sunat, solat sunat, reciting the Quran, sedekah dan sebagainya. But the thing here is that, you must multiple everything you do dalam hari-hari biasa itu. Multiple in a way, perbanyakkan kata-kata manis, perlakuan sopan, simpan baju-baju yang mendedahkan aurat, dan insyaAllah, kebiasaan ini akan menjadikan diri kita terbawa-bawa dengan hari-hari indah di bulan Ramadhan ini.

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.
Ramadhan bulan LUAR BIASA. Amalan pun perlu, LUAR BIASA.
BUKAN seperti hari-hari di bulan biasa.

Analoginya se-simple yang difikirkan. Hari-hari kebiasaan kita kerja seperti biasa. Rutin yang biasa, gaji yang biasa. Tapi apabila tiba bulan yang satu itu, suddenly, bos kita tawarkan offer. Siapa buat over time kerja, gajinya dinaikkan 3 kali ganda. Syaratnya, cuma kerja yang biasa, menjadi bertambah. Balik masa yang sama, cuma jumlah kerja yang dilipat-kali-gandakan. Dan sesiapa yang datang kerja sepertiga malam, akan diberi hadiah bonus percuma. Bonus ini lain dengan gaji yang digandakan tadi.

Well, if that happens, i bet most of the worker akan sanggup bersengkang mata disebabkan tawaran yang diberi. Berebut-rebut semua nak buat over time kerja. 

Begitu jugalah tawaran di bulan Ramadhan ini. Tawaran yang diberikan, mashaAllah. Sangat berharga. Sayang kalau kita lepaskan begitu sahaja. Tak tahu nasib kita sama ada sempat lagi kita berjumpa Ramadhan hadapan atau tidak.

InsyaAllah pertingkatkan amalan kita. Tepuk dada, tanya iman, adakah amalan kita sebiasa bulan yang biasa, atau alhamdulillah, kita dapat pertingkatkannya di bulan Ramadhan ini. Untuk saya dan anda.

Till then. SALAM.
blurp blurp by eiffelish lover

Two cents of opinion

Dunia sekarang menampakkan manusia yang sangat offensive. 
Nasihat?
Mungkin diterima.
Mungkin tidak.
Mungkin dibalas dengan jelingan.
Bila mana kita berbicara tentang sesuatu dan rasa ingin menasihati itu hadir,
Terfikir di benak.
Dua kali berfikir.
Patut kah aku menasihati? Siapalah aku untuk menasihati?

Mungkin pilihan aku,
Menasihati.
Dengan cara paling lembut. Gelak-gelak sakan.
Tapi penuh input.
Terpulang pada si empunya badan untuk menyerap.

Adapun pilihan yang lain
Aku menasihati terang-terangan.
Dari reaksi muka si polan. Caranya seperti mengejek.
Aku memujuk hati sendiri.
"Tak apalah. Dah nasihat. Nanti nasihat lagi."

Mengenai dunia sekarang.
Manusia tersangat taksub tentang sesuatu.
Bila ditegur tentang ketaksuban itu.
Rautnya masam
Mulutnya muncung
Berpaling mukanya.
Walaupun aku dikatakan sahabatnya.
Maka dengan itu, aku pilih untuk menjaga hatinya.
Tidak lagi menyakitinya.
Dan aku menyuruh orang lain untuk menasihatinya.

Well, kuddos to those who can't accept people's advices.
I mean it for serious.
Think about it.
You can't accept it.
That's not my problem.
That's not others problem.
That's your heart's problem.
Your own problem.

Well berlapang dada lah.
Bersangka baiklah.
Mungkin ada benar kata-kata orang lain.
Cheers.

 


blurp blurp by eiffelish lover

Eiffel tower

Assalamualaikum dunia. Lama tak bersua. Disebabkan kekangan masa, dengan banyaknya kerja, event sana sini, maaf bagi yang membaca. Kali ni update sesimple mungkin but sweet. Hee.

Bercakap pasal passion, ada satu passion yang memang aku tak boleh lari. Teruknya sampaikan baju kurung pun aku rasa nak ada corak passion aku ni. Hehe itulah dia, kalau dah suka, jadi macam tu lah kita.

And my passion is......

Taraaaaa~




EIFFEL TOWER

Gambar di atas dikreditkan dari tumblr seseorang. Sebab aku jatuh cinta dengan eiffel ni, banyak sebab sebenarnya. Ketaksuban aku dengan eiffel tower ni haa, korang memang tak boleh nak bayangkan. You see, i merely have my own collection of eiffel real things. Macam t-shirt, keychain, penanda buku and even replika eiffel tu sendiri.  



Cantik, menarik, binaan yang awesome. Walaupun susah untuk dibina, bertahun megah berdiri. Walaupun sekarang ni penuh karat menaranya, tapi masih dikagumi ramai. Ada juga yang pergi ke PARIS semata-mata kerana Eiffel Tower ini. Di sebalik tower ini, kita dapat kaitkan dengan hidup kita sendiri.



Mungkin payah sekali menempuhi ranjau hidup kita, susah payahnya, jerih perihnya, hendak menuju ke puncak jaya sejauh puncak Eiffel ini. Banyaknya cabang pada binaan Eiffel Tower, dapat describekan hidup kita yang diberi banyak peluang, diberi banyak pilihan untuk kita tentukan.



Ya Allah, cantiknya ciptaan manusia ni, lagi cantik ciptaanMU. Eiffel here, it is not standing all alone. The nature that surround the tower, that is what matters. Tanpa suasana yang cantik di sebalik binaan yang megah, tetap lack of something somewhere.  Begitu juga diri kita. Tanpa DIA, kita takkan ke mana. Tanpa  kasih yang MAHA ESA, tak mungkin kita dipandang mulia oleh makhluk lain ciptaanNYA.

Waktu malam, jika dilihat, ketiadaan cahaya membuatkan eiffel gelap, sugul, tak dapat dilihat dengan mata. Sebab itu, kita sendiri tak dapat berdiri dengan sendirinya. Kita perlukan bantuan yang lain, kita perlukan keberkatan, dan sebagainya.

Well, we cannot stand it all alone right?
Sama macam lovely Eiffel.



Till next, assalamualaikum ;)

blurp blurp by eiffelish lover

Heya, i'm fify!

Pernah jumpa seorang yang apabila dia geram dengan sesuatu, dia cakap on the spot dan after that, dia takkan simpan dalam hati?

Oh itu adalah saya.

Hai assalamualaikum cantik dan handsome.

Self remind that aku when i'm all out about something, habis masa tu je. Susah aku nak ingat benda-benda yang menyedihkan atau menyakitkan. Unless ingat untuk gelak tawa mungkin? hahaha Sangat kelakar bila kita ingat benda-benda dah lepas. What am i or what was i back then, it doesn't matter. Kalau seseorang tu dulu kafir kemudiannya masuk Islam, tak adil bagi kita untuk mengimbau kembali zaman kejahilannya semata-mata nak mengherdik dia, sedangkan kadang-kadang, kita tak tahu, mungkin dia lebih mulia dari kita di sisi Allah.Kannnnnnnn?



Entry kali ni berkisar tentang nama panggilan kita. hehehe Sejak sekolah lagi aku ada banyak panggilan nama, nicknames, stage names or what ever lah. Sekolah rendah, aku ingat lagi seorang cikgu BM aku. Walaupun nama aku dieja begini -- A.F.I.L.I.A, namun begitu dia tetap memanggil aku begini -- E.F.I.L.I.A. Ala-ala EMILIA gitu. Hahaha oversea you~~ Ada yang memenggil aku dengan "AFI" jugak.

The funny part about my nicknamess is that, one of my teacher, pernah panggil aku "SOLEHAH". Pernah tengok cerita SOLEHAH tv9 dulu-dulu??? Tak silap aku, pelakon tu namanya, Marshanda. Cikgu aku tu beria-ria cakap muka aku macam Marshanda. Tapi bila aku tanya kawan-kawan, ada hanya segelintir je la yang mengaku. Agak-agaknya lah kan, kawan-kawan aku jeles kot? ihikss~ (mode : perasan terlebih).

Masa sekolah menengah dulu adalah zaman nickname yang sangat banyak. Hahaha Pernah dengar kartun "FIFY AND THE FLOWER TOTS" ? Hahaha One of my friend used to call me with that. Pernah ada yang panggil, "FIFY BIGMAC" dan fify fify lain. Banyak sangat lah. Tak terkata. Mulut orang kan, kalau ada zip, memang aku dah zip kan pun.

 Rindu pulak dengan kawan semua

Sekarang di universiti, rata-rata orang memanggil aku dengan panggilan "FIFY". Tak kisahlah kawan rapat ke kawan biasa ke kawan jauh ke kawan cenonet ke, semua panggil aku "FIFY". Baru-baru ni, masa aku pergi kerja lapangan (field trip), ada lah segelintir panggil aku dengan gelaran "FIFY SENDUK". Motip? Ye, ini adalah kerana aku ajk makanan dan almost the time aku pegang senduk je. Haha. Nampak sangat lah menipu! xP Bagi yang tak biasa dengan aku, mereka akan memanggil nama aku, "AFILIA".

Perasan tak semua part dalam nama aku (AFILIA) telah diguna panggil. Tapi ada satu je, "LIA". Oooopss, korang jangan guna yang tu. Tu dah di-reserve-kan untuk bakal suami aku. ^,^//

What the most important here is that, bila kita terlalu obses dengan panggilan nickname seseorang, perasan tak, kita akan lupa nama penuh mereka? Kita takkan kisah pun dengan nama penuh mereka. Pernah sekali dalam meeting bersama exco fakulti aku, memang semua kenal aku dengan nama "FIFY". Tapi bila presiden mention, "NOR AFILIA" hadir ke tak? Semua orang pandang kiri kanan, berbisik-bisik, tergaru-garu, muka blur-blur, mencari-cari siapakah gerangannya "NOR AFILIA" tu. Padahal tu nama aku. Hahaha  Tak pelik pun, sebab dari awal lagi, mereka permanently panggil aku, "FIFY".

True story about nicknames xP xP xP


p/s Nama penuh saya NOR AFILIA BINTI MUHAMMAD NOR. Maksudnya, pemaaf. Bagaimana dengan anda? =D

blurp blurp by eiffelish lover

Blend with nature

"Look deep into nature....and then you will understand everything BETTER."-Albert Einstein.

Hai assalamualaikum cantik dan handsome.

First of all, entry kali ni ala ala love the nature gitu. Well well. Busy summore with studies, masuk bilik tutor, masuk dewan kuliah, keluar dewan exam, end up, nothing with nature at all. So yeah, now me is STUDYING with this SCIENCE AQUATIC course. Miggling with nature is not a big problem anymore. Lotsa lotsa lotsa picturesque have been taken, so enjoy the scenery and ignore the absurd look of mine. *tunjuksisukabuatmuka



Oh ya, gambar di atas, semasa di mana yaa (garu kepala). Ok neva mind. Actually masa tu tengah low tide, so a bit far far away beach dia. Its like almost 1 km i guess to dip your hands into the water.

Oh wait, what a beatiful scenery SUBHANALLAH!!




Those two were taken back then when i was in LUNDU, sarawak for a leadership kursus. Look at the greenish thingy. That flower even with full of green colour, yah, its just nice to see and nice to hold too. *saja jadi model tak berbayar.


Here is the picture, raya if i'm not mistaken. Raya raya pergi rumah sedara, apa lagi, snap satu due. *much love for the blending of the nature



"You yourself blend with nature very well." OMO OMO! Some of my friends did say that. The blue skirt and blue tudung make me alive. Mungkin tu maksudnya blend with nature. Blue=sky=nature.


After a field trip, i have a good sense with nature. So, please spend a minute to think about our earth. It's really really getting serious nowadays that the earth has taken its toll. That simple small step may change the whole condition of our lovely earth.
blurp blurp by eiffelish lover

Kesian.

Assalamualaikum cantik dan handsome. (``~,^)

Disebabkan aku mengejar masa dan masa makin melarikan diri, so here is a little updates for me. At least berupdates, hiks. 

I'm just missing my free time very much. Rindu nak bergelak sakan dan bersenang-lenang. But for this whole semester, everything is a mess. Banyak gilos program, banyak gilos benda nak dikejar, banyak gila benda nak di-catch up. 

And yes, maintaining the academic is a part of it. No matter what, academic comes the first. 

Oh PALING PENTING, ALLAH jangan LUPA! 
DIA juga pengatur segala-galanya. Luangkan masa untuk dia, insyaAllah cukup masa kita.


Oh ye, back to main point. Here is the show. Feel free to watch and laugh. Hahaha! Trust me, you will laugh.




Zapin ada, tarian melanau ada, tarian cina ada. Nak mende lagi? Hahahahahahahahahahahah.
Till then, adios nervosa~

blurp blurp by eiffelish lover

Bosan

Pada suatu hari, aku menjerit dengan tiba-tiba. Kawan-kawan tanya kenapa.

Aku diam. Aku tak jawab.

Aku baring atas benda ni. Nak panggil apa ni? Almari? Iye kan je la.



Atas ni, aku tepuk-tepuk tangan. Kawan-kawan cakap aku gila. HAHA!
Sebenarnya aku bosan.
Nyanyi sudah. Makan sudah. Semua pun sudah.
Duk mengadap nota banyak-banyak, aku pun jadi bingung.

Terdengar orang jerit-jerit kemudian ketawa dengan kuat. Oh ye mereka pun macam aku?
Why not? #susah betul kalau dah bosan sangat

Apa lagi, novel dengan blog je pilihan aku.


p/s  atau mungkin aku kena sertai buat macam adik aku ni?


pp/s  oh perhaps, no, just thank you.
blurp blurp by eiffelish lover

Heyya wanna lose your weight?

Assalamualaikum pakcik makcik yang berblogging sekalian..

Sensitipnyaaaaa entry kali niiiiiii. Uhuks! 

It's been a while membesarkan badan di rumah and actually bila go window shopping, terserempak dengan Mr. Penimbang. I was like, urgghhhh! Nak timbang, tapi mesti naik punya berat badan. Coz what? Coz i know, i notice, dekat rumah i can't control my nafsu makan. Whenever feel bored or something, i should have something in my hands to chew. Hands you know. #dua-dua tangan mesti ada FOOD FOOD FOOD. Ahaa! =D




Thinking about this, memang tak boleh jadi!!! Need to do something or else, jadi macam belon aku ni. 
So, tadaaaa.... Cari-cari some tips tips that can help me dan yang senasib dengan aku di luar sana. Am going to share with all of you. *baik kan? 

Firstly, kesedaran berat dah naik. C'mon face the truth yang berat korang memang dah naik, go to Mr Penimbang and timbang timbang dan menangis pertambahan berat korang tu. Haha Kesedaran ni yang membuatkan kita berubah you know~

Second, set your mind, jangan nak kurus sebab nak cantik molek bagai, tapi sebab nak sihat. That's the better tau. Kalau tak nanti akan tempted dengan produk-produk pelangsingan badan. Bad, really bad.

Third, set your goal. Dalam masa sebulan, berapa korang nak turunkan berat tu? Jangan letakkan target yang terlalu tinggi. Nanti stressssssssssss. Haha! Seslow la. Konsisten dan tengok hasilnya.

Fourth, kurangkan makanan yang berkarbohidrat tinggi, lebihkan serat. Tak faham? Haha. Makan buah +sayur lebih banyak dari nasi. And yes, gantikan nasi dengan oat, at least thrice a week. Kalau rajin, kira la kalori yang korang perlukan. Sebab lebihan kalori tu, will be stored as fat dalam badan. Note that.

Fifth, makanan dah stabil. Tapi kenapa tak kurus lagi ni? Well, kurangkan pengambilan makan waktu malam. Nak makan pun, before isyak. Lepas azan isyak je, better you stop eating! Hew hew hew. Tapi jangan berlapar tau! Isi lah perut dengan oat atau air kopi. Sebab pahitnya air kopi boleh mengurangkan selera makan kita yang membuaks-buaks. Ihiks!

Sixth, minum lah air putih aka air masak banyak banyak dengan kadar 8 cawan sehari. Air dapat mengurangkan selera makan dan membantu pencernaan.

Seventh, kalau petang-petang tu, rajinkan diri berjogging at least for one hour. Atau berjalan ke mana-mana tanpa menaiki kenderaan. Secara tak langsung, usaha ni membantu jugak.

Eighth, jangan timbang berat selalu!!! Timbang la sebulan sekali ke dua bulan sekali ke. Kerap sangat nanti korang tak puas hati, sebab berat tak turun-turun. Haha.

Ninth, petua petua ni cara kampung la. Minum air limau nipis or orange juice or air perahan asam jawa yang kurang gula lepas korang makan. Ada juga yang lumurkan kapur makan tu bercampur dengan limau nipis untuk mengempiskan perut. Wahh, nak try lah..

Eh jangan fikir tips tips ni semua GUNAless eh. Better givit a try. Then, you'll know.

Sepuluh, kalau tak jalan jugak tips-tips tu semua, mintak tolong kawan-kawan ikat dekat tempat panggang. Dan nyalakan api dekat bawah badan kita. Tu better dari ambil produk kelangsingan kot. Hmm mungkin la. Hahahah #cari maut namanya xP


Omagad yummy!!!! #tahan nafsu boleh?


Ok byee~ xP

blurp blurp by eiffelish lover

Setia bersama Siti Nurhaliza

Hello people, assalamualaikum (=
Bukan nak kata apa lah, entry kali ni nak cerita sikit pasal the one that i adore. Feeehhh, adore sangat! Sampaikan aku pernah tanya depan cermin, adakah muka seakan-akan dia. Ihiks! *gedikss Nampak tak ke-excited-an aku tahap dewa bila dengar nama beliau. She is the one and only.....

Siti Nurhaliza Tarudin.

Me also don't know why on earth aku sangat adore si beliau ni. Live-meet dengan siti once, time aku dengan family tengok disney on ice dekat key ell time tu. At that time, no one realise yang beliau ada dekat situ. Aku on the way nak pi tandas time tu and yes, i was surprised, really surprised bila tengok, wow siti lah. Apa lagi, berkejar sebab nak salam dia. Tup tup ramai ikut aku. Hehehe Bila dah salam tu, rasa macam.....tak nak basuh tangan seminggu. She's really pretty, so deary.

Siti ni berjaya bermula dari bawah lagi. Jual kuih tepi-tepi jalan. But the courage and the faith that she has, tu yang membuatkan beliau bangun bila jatuh, walaupun berkali-kali beliau jatuh. Dan sekarang beliau dah lali dengan gosip-gosip yang menjatuhkan beliau. Boleh katakan siti ni macam Thomas Edison yang banyak kali cipta mentol dan gagal. Cipta dan gagal. Dan gagal lagi. Lastly, baru Thomas Edison berjaya. Bukan senang kedua-dua tokoh ni nak berjaya, sering dimarahi parents, dikecam masyarakat sekeliling dan macam-macam lagi lah. Then why should we give up kan? Hee



Kematangan siti dilihat seiring dengan usianya. Jangan lah matang sebelum usia geddit? Pengalaman yang beliau ada pun salah satu faktor yang mematangkan beliau. And now, she is the owner of SIMPLY SITIMelimpah ruah rezeki dia sekarang.





Dan sekarang, dah bertudung litup dah dia. 
Alhamdulillah. Lagi lah aku sayang sangat sangat kat dia. <3

Nampak lebih ayu dan cantiksss.



Despite of rumours yang melanda dia or what so ever, i still...love her the way she is.


blurp blurp by eiffelish lover

Literally loving



I can’t promise you the world

I can’t promise you the sky
I can’t promise you that we will never fight
I can’t promise you that I will never cry
But I can promise you that I will always be true to you
And I promise that I will always love you more than anything with all my heart, 
no matter what happens or what we go through, I'll love you until the end of time!
That’s my promise to you!! 


 #Ok foine, sangat jiwangs i know xP



Terasa nak jiwang jiwang lepas tengok VEER ZAARA. Sedih huksss. Satu persoalan that always keep round and round sampai sekarang.

Nama mencinta dan dicinta tapi sanggup ke kita berkorban nyawa untuk yang tersayang?

Dush dush! Hahaha Mungkin kalau belum bersedia untuk berkorban macam Veer yang sanggup letak jawatan dari ketua skuadron tentera udara dan sanggup menipu sehingga dipenjarakan 22 tahun semata-mata nak jaga maruah Zara yang disayangi, okay, tu maksudnya belum bersedia. Veer-zaara it really really touches me anyway. Tell you 1001 promises but never berkorban for you.

But once you get the right person, who can do anything for you, yep, thats the perfect choice. Yang eagerly nak jumpa parents sampaikan you the one that has to hold it sebab masanya belum sesuai. That's the right man. Being straight to the point untuk berkongsi hidup dengan kita. *eceh! jiwang sangat.

Bukan tu je, cinta ni skop dia luas. Boleh jadi bab bab agama ke, keluarga ke, cikgu ke, kengkawan ke.. Macam-macam lagi. So, once again, i leave you with one big damp question mark.


Cinta akan sesuatu, 
Sanggup kah kita berkorban untuk sesuatu itu?



Me love myself. Much! Byoieeee x)

blurp blurp by eiffelish lover

Am i still daddy's little girl?

Kecik-kecik dulu-dulu kan, masa sekolah rendah, i did register sekolah by myself. Sebab ayah aku kerja jauh, so aku kena start being independent. What i remember is that HAHA! Dulu belanja sekolah rendah actually cukup rm1, tapi aku kan mengada-ngada. Yela, dah melahap nasi ayam=rm1, so i had no balance to buy other things. 

So whenever aku nak beli asikrim ke, dah janji dengan kengkawan nak beli keropok lekor ke, aku akan mintak ayah duit poket lebih. And yes, ayah bagi! Tapi duit syiling tau. Time tu dah kira bersyukur gila kalau dapat banyak syiling 5posen (50sen). Boleh belanja bebanyak yay!

I was about only standard 5, then aku pindah sekolah baru. Satu sekolah dengan ayah. Haa tak payah cerita dah, sekolah sama, senang mintak duit belanja. Haha. Duit habis je, ayah nak duit nak duit. *kaki terangkat-angkat. Duit tak habis pun, ngengada je mintak, ayah nak duit nak duit. Kekeke. Masuk sekolah menengah, satu sekolah dengan mummy pulak. Then my life blend with mummy.

Tapi whenever aku nak pergi memana, father will be right there to send me or fetch me. Paling susah nak bagitahu bila ayah aku tengah tidur. Haha takut tau nak kejut. So buat-buat la batuk memain, sampai dia half awake, baru aku cakap, ayah nak pergi sini, ayah nak pergi sana. Sampai lah aku dapat lesen motor-kereta. Now, aku fully independent. Pandai-pandai aku nak hidup sendiri. Dah besar panjang tinggi melampai. (ok tu bohong xP) *cut the chase



But then, bila aku nak drive dari segamat sampai muar, alone i mean, ayah tak izinkan. Jadi ibulah yang teman aku kalau aku nak pergi jauh-jauh, pergi tangkak ke ambil adik KMJ. Of course, parents akan risau dengan anak diorang which driving alone, perempuan lagi tu. Lagi-lagi aku ni haa, dah banyak kali ek-si-den segala, belum cakap lagi surat cinta warna merah dari polis. Kekeke. Kerisauan diorang tu kadang-kadang make me don't understand, seriously. Because i'm not a mother yet, obviously. =,= Deep inside thinking about it, that's the way they take care of us. Matter of responsibility. Accepted~ hehe

Sampai sekarang kan, bila aku dah drive sendiri, pergi mana-mana sendiri, pukul 12 je, ayah akan kol~ I am not allowed to  berjimba sampai late night. Limit pukul 12, and i should be homey. Unless kalau aku ada adik-adik atau cousin yang ikut sekali. Else, it is a NO. Once again, sebab aku perempuan, dan tak manis keluar sampai lewat malam. Rutin tu dah jadi kebiasaan aku bila hidup sendiri in university now. Kalau lambat sikit je, ayah dah kol, and usually kengkawan dah biasa dengan life aku dah dan ada yang terikut dengan aku. <3 Alhamdulillah, they did very good job in raising me up. Much lurb lurb lah! x)

Nampak tak he treats me like before? 
Pretty much the way that i pass by the time, 
I am............................................................................................................................................................
Still.
Daddy's little girl. 
To what extent? 
FOREVER.

11.02.2013

Daddy's already 49!!!! Now time really really fly very fast. Kan? Pejam celik pejam celik, aku dah tua, and same goes to my ayah. Happy birthday beloved father. Segala penat lelah, just give me sometime, i promise, i'll pay every single drop of your sweat. I won't forget every single things that you did for me. Before, now and it goes on forever. Moga ayah panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan urusan selalu. 
Yes, you're totally my hero. My very first HERO.
 Love you so much ayah! So much! =')
*nak bagi ke tak eh ayah aku baca?*
Tacing arrrrrrrrr


*eh malu la nak bagi ayah baca*
=P


Aku panggil bapa-bapak-apak-baba-abi-father-dad-daddy-papa-papi aku, AYAH. Korang bagaimana pula~ Hiksss

blurp blurp by eiffelish lover

Thank You

Ever since masa ambil result spm, it's quite a long time ago i think. Just only one thing that i regret the most is that, i haven't got any chance to say a lot lot lot lot of thanks to 


my additional mathematics teacher

There's a story behind all of this. Remembered back then, aku seorang pelajar yang suka sangat tidur dalam kelas, only waktu add math. Hahaha. I just don't even know why suka tidur time add math, maybe because :

1. Dah faham, then tertidur.
2. Tak faham faham, then sengaja tidur.

Sampai mid term form 5 pun, aku fail that paper. FAIL you know~ 

My parents did a very large step where diorang pergi sekolah aku and ask my teacher, what's the problem that i can't resist to pass my paper. Entah apa lagi yang diorang borak, i just don't know. Lagipun yang diorang buat trip pergi sekolah tu semua sesenyap, tanpa pengetahuan aku. *jahat kan?* 

Then, bila mum sampai rumah, suddenly dia panggil aku "Ratu Tidur". I was like, huh? There goes the face-to-face session. Aku diam je la hahaa. Tu semuanya kebenaran. I don't deny it. Diorang boost up my spirit by bagi nasihat dan belikan something.

Yup, ni la yang diorang belikan >>> Multi vitamin.

Ingatan aku tak kuat sangat sebab dah lama kan sejarah ni hehehe. But bila dah makan multi vitamin ni, aku macam susah nak tidur yang macam aku selalu senang sangat tidur. It really works. Burung hantu tu la aku.

Plus, my parents setiap kali visit my dekat asrama, diorang akan belikan buku latihan add math yang baru. So there's a little tensed there. Buku banyak tapi aku tak buat. Entah macam mana kesedaran tu sampai, kan...ihikk!! I tried my best to finish all the exercise books sampai request kat parents, haa buku add math dah habis, jangan lupa belikan tau. Mungkin diorang pula stress dengan aku nak cari buku add math edition apa pulak disebabkan koleksi aku dah macam2 jenis dah. Haha.. Loike!



Plus minus, mungkin berkat steps2 yang my parents did and doa mereka and doa my only cikgu tu, so blend up semua, i get the very best for my result. Thanks ibu, ayah!

I write this entry especially for my additional mathematics teacher, the one and only :

PUAN NORMARZITAH IDIRIS

Cikgu, i did find you on that day masa ambil result. But, you were not there. Maybe you had a meeting or anything. Cikgu, i did it!!!!! I did score an A+!!!! Thanks cikgu bagi nasihat, bagi peluang kat saya walaupun i know, susah budak fail nak dapat an A+. Thanks bagi saya kepercayaan untuk ajar kengkawan and you really really bagi semangat and never let me down bila saya datang tanya soalan personally at you room. Thanks a lot teacher. Tak sempat nak datang Mozac nak cakap thanks face-to-face. Thanks a lot. Thanks~ Me really really love you. =)


p/s Hope you really read this teacher :) Thanks a lot.
p/s Tacing kan. But you gotta do something, don't ever easily give up.



blurp blurp by eiffelish lover

Keajaiban Dunia

Akceli, the world has many many many keajaiban yang Ilahi ciptakan. It's not only ten, so i didn't write 10 keajaiban dunia as my title. Let's check it out yaw.



Air Terjun Niagara

Air terjun Niagara ni antara tiga air terjun yang terpanjang di dunia. Amazing kan? Air terjun Niagara ni jadi like sempadan antara New York dengan Ontario. Surprisingly, air terjun ni once pernah membeku. Yup. We can't believe it right?





Giants Causeway (Ireland)

Ledakan gunung berapi-40 000 tiang batu basalt yang saling bertindih-setiap tiang punyai pelbagai sisi. And wow! Tiang paling tinggi berukuran 12 meter. (Tinggi gilo)



The Wave


The wave ni sempadan antara Arizona dan Utah. Cantik kan dia punye twisting? Nais one lah. Akceli, tu semua pasir dulu-dulu, but now it turns into batu and that's why kita boleh berjalan atasnya without leaving any kesan kaki.



The eye of Sahara


Bentuk circular ni dipanggil mata sebab yelah, cube tengok deeply, seriously macam mata. (seram jugak) Bentuk ni sangat jelas dari satelit. Berdekatan dengan Mauritania.



Wave Rock

Wave Rock ni pula dekat Australia. Hmm maybe soon boleh pergi check it out by myself. Bentuk batu-batu yang menyerupai ombak memang natural sejak dari dulu lagi.




Antelope Canyon, Arizona


Berada dekat Arizona, Amerika Selatan. Ini merupakan sebuah tebing tempat kujungan yang sangat famous di kalangan photographer. Asalnya dari gunung batu yang terbelah. Sangat cantik i guess. Disebabkan cahaya yang sneak to masuk di sebalik gelapnya tebing tu. (Thumbs up!!!!)



Hell Gate


Hell Gate, Uzbekistan ni merupakan gua besar yang membakar gas-gas di dalamnya. The Door to Hell nick name tempat ni. Agak seram kan? Mungkin neraka dunia. Nauzubillah.



Great Blue Hole

Terletak di kota Belize. Boleh dive, cruise dan sangat cantik dengan campuran warna biru muda dan biru gelap jauh di dalamnya. Sangat perfect untuk berbulan madu. Mungkin hew hew.





Out of all, shall we say subhanallah now? x)

blurp blurp by eiffelish lover